Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.vi.syen] | تيليۏيشن

Definisi : (télévisyen) 1. penyiaran (peman­caran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pd skrin atau kaca peti televisyen; 2. = peti ~ alat yg menerima pancaran televisyen; ~ berwarna = ~ warna televisyen yg menyiar­kan gambar berwarna; ~ litar tertutup a) sistem televisyen yg dipasang utk memancar­kan siaran ke beberapa bilik di dlm tempat atau bangunan tertentu; b) sistem televisyen yg isyarat videonya dipancarkan drpd satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yg terkawal, utk kawalan keselamatan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.vi.syen] | تيليۏيشن

Definisi : /télévisyen/ 1 proses pe­nyiaran gambar serta bunyi menerusi udara atau kawat dgn menggunakan alat yg dpt mengubah gambar dan bunyi menjadi gelombang elektrik dan mengubahnya kembali menjadi gambar dan bunyi pd alat penerimanya. 2 = peti ~ alat yg menerima siaran dlm bentuk bergambar dan bersuara. ~ litar tertutup a. sistem televisyen yg dipasang utk memancarkan siaran ke beberapa bilik atau tempat tertentu di dlm bangunan dsb. b. sistem televisyen yg isyarat videonya dipancarkan drpd satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yg terkawal, utk kawalan keselamatan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata televisyen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELEVISYEN

Televisyen, juga dikenali sebagai TV, adalah salah

satu kaedah komunikasi yang paling penting. Ia

membawa gambar dan suara dari seluruh dunia ke

berjuta-juta rumah. Komunikasi satelit di angkasa

lepas menyiarkan gambar TV merentasi lautan dan

benua. Pemilik peti televisyen boleh berada di rumah

dan menonton pemimpin negara membuat ucapan

atau lawatan ke negara luar. Mereka boleh

menyaksikan peperangan yang sedang berlaku dan

melihat bagaimana pemimpin kerajaan berusaha

untuk mewujudkan keamanan. Melalui TV, penonton

dapat melihat dan belajar tentang manusia, haiwan,

pelbagai perkara lain dari negara-negara yang jauh.

Berjuta-juta manusia di seluruh dunia boleh

menonton rancangan sukan, seperti Sukan Olimpik,

dan pelbagai peristiwa lain yang menarik di dunia.

Televisyen juga membawa penonton keluar dari

dunia ini melalui liputan dari penerbangan angkasa.

Selain itu, televisyen juga menyediakan pelbagai

rancangan tetap yang direka khas untuk menghibur.

Sebenarnya, TV menyediakan banyak rancangan

hiburan berbanding dengan rancangan lain.

Rancangan itu termasuk drama; komedi ringan; siri

fiksyen, yang dikenali sebagai drama lipur lara; acara

sukan; kartun, kuiz, dan pertunjukan aneka ragam;

dan filem cereka.

UMUM 
RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) UMUM 
RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)

sebuah stesen penyiaran milik kerajaan. RTM diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran, Kemeterian Penerangan Malaysia

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
SENAPANG ELEKTRON

Senapang elektron ialah nadi bagi berbagai-

bagai peranti elektron. Ia termasuk tiub televisyen,

tiub osiloskop, mikroskop elektron dan mesin

sinar-x. Dalam tiub televisyen, senapang elektron

menghasilkan alur elektron yang tajam seperti

pensel, yang dipecut ke arah skrin pendarfosfor.

Elektron mengenai fosfor pada skrin dan

menyebabkan ia berkilau. Alur “menulis” gambar

pada skrin sama caranya seperti pensel menulis

pada kertas. Semakin tinggi halaju elektron,

semakin terang imej pada skrin. Dalam penerima

televisyen, senapang elektron menulis ratusan

garis mendatar bagi setiap gambar. Ia menulis

setiap garis dalam masa satu per 60 juta saat.

UMUM 
STATIK

Statik ialah istilah bagi gangguan pada penerima

radio atau televisyen, yang biasanya disebabkan

oleh elektrik atmosfera. Statik boleh berlaku dalam

bentuk bunyi geresek dan berkeriut yang didengar

di radio dan titik-titik putih yang dilihat pada

gambar televisyen.

UMUM 
AERIAL

Aerial atau disebut juga antena, ialah suatu alat

yang memancar dan menerima isyarat radio,

televisyen dan radar. Isyarat ini dibawa oleh

gelombang elektromagnet (lihat Gelombang

elektromagnet ). Gelombang elektromagnet beredar

menerusi angkasa pada kelajuan cahaya.

Gelombang elektromagnet mempunyai jarak

gelombang berbeza-beza, yang ada kaitan terus

dengan frekuensinya (kadar getaran). Stesen radio,

televisyen, dan radar memancar pada panjang

gelombang yang berlainan dan tidak akan

menyebabkan gangguan isyarat antara satu sama

lain. Terdapat dua jenis pancaran bunyi menerusi

stesen radio, iaitu, modulasi amplitud (AM), dan

modulasi frekuensi (FM). Secara amnya, stesen AM

menggunakan panjang gelombang dalam jarak 10

meter hingga 2000 meter, sementara stesen FM dan

televisyen menggunakan jarak gelombang tiga

meter dan kurang. Isyarat radar menggunakan

panjang jarak gelombang yang hanya beberapa

sentimeter panjang.

UMUM 
ASHCROFT, DAME PEGGY

Ashcroft, Dame Peggy (1907–1991), berlakon

dalam drama, filem, dan televisyen. Dia muncul

di pentas dalam The Seagull , (penerbitan tahun

1936 dan 1964), The Good Woman of Setzuan

(1956), The Taming of the Shrew (1961), dan Henry

VI (1963). Filemnya termasuk The Thirty Nine

Steps (1935), The Nun’s Story (1959), dan A

Passage to India (1984). Pada tahun 1984, dia

muncul dalam siri televisyen yang popular, “The

Jewel in the Crown”. Ashcroft lahir di Croydon,

Greater London, England.

UMUM 
KOMERSIAL

Komersial lihat Pengiklanan (Televisyen; Radio;

Mencipta iklan).

UMUM 
(ABC)

Australian Broadcasting Corporation

(ABC) bertanggungjawab mengadakan

perkhidmatan televisyen dan radio kebangsaan di

Australia. Kebanyakan pembiayaannya bersumber

daripada kerajaan persekutuan Australia.

UMUM 
HERTZ, HEINRICH RUDOLFAhli fizik berbangsa Jerman keturunan Yahudi. Ahli sains yang merintis jalan kepada perkembangan radio, televisyen dan radar dengan penemuan gelombang elektromagnet sekali gus membuktikan teori gelombang elektromgnet Maxwell.FIZIKTokoh
123456

Kembali ke atas