Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.li.nga] | تليڠا

Definisi : 1. pancaindera utk mendengar (di kiri kanan kepala manusia atau binatang), kuping: aku membisikkan sesuatu ke ~ nya; 2. = daun ~ bahagian telinga sebelah luar utk menangkap suara, kuping: dipulasnya ~ budak yg degil itu; pangkal (pohon) ~ tempat daun telinga bercantum dgn kepala; 3. sesuatu yg menyerupai telinga (mis pemegang pd barang-barang yg tertentu dll); ~ beruk telinga yg rapat pd kepala; ~ biola alat utk menegangkan (mengendurkan) tali biola; ~ gajah (jabing, jobing) telinga yg lebar; ~ jebang telinga yg menganjur keluar; ~ kuali a) tangkai tempat mengangkat kuali; b) ki orang yg tahan hati walaupun dimarahi dan dikatai oleh orang lain; ~ kucing (kam­bing, rusa) telinga yg tirus ke atas; ~ nipis (tipis) orang yg lekas marah; ~ telepok layu telinga yg cantik bentuknya; ~ tempayan ki orang yg tidak mahu mendengar; ~ tikus telinga yg kecil dan tirus; ~ bagai ~ rawah prb Mn a) tidak meng­endahkan nasihat dan tunjuk ajar orang; b) tidak berasa malu mendengar perkataan yg tajam; ~ rabit, pasang subang di kaki = ~ rabit dipasang subang kaki, untut dipakai-kan gelang, jari kontong dimasukkan cincin prb membuat sesuatu yg tidak layak akhirnya menjadi keaiban; ~ yg lembut itu kerap dipulas, yg bodoh juga yg ditipu orang prb a) orang yg pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; b) orang yg penurut selalu diperkuda orang; masuk ke ~ kanan, keluar ke ~ kiri prb tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yg diberikan; pilin ~ saring-saring prb Mn hendaklah difikirkan habis-habis sebelum mengerjakan sesuatu; rasa pedih cuping ~ prb marah kerana mendengar sesuatu yg tidak patut; menelinga memasang telinga, mendengar dgn hati-hati (percakapan dll): aku ~ kalau-kalau bunyi itu datang ke bilikku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.li.nga] | تليڠا

Definisi : ~ gajah sj ikan laut, Platax teira (orbicularis). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.li.nga] | تليڠا

Definisi : ~ badak sj tumbuhan (pokok), Crypteronia griffithii; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), banik, kubang, (se)kubin, meng­kubung, selaru, sepedas, Macaranga gigantea; ~ kelawar sj tumbuhan (pokok), bunga semubut, geroboh, kerubut, se(m)burut, sepe­ruit, Thottea gradiflora; ~ kera sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ara batu, akar api-api, dalu-dalu, mendalu (api), pokok sampu, ulat, setebal, Henslowia umbellata; ~ kerbau sj tumbuhan (pokok), capa, capor, sembang, sembing, sembuh, sembung, Blumea balsa­mifera; ~ rusa sj tumbuhan (pokok renek), jangka; daun ~ beruang sj tumbuhan (pokok renek), Thottea dependens; rumput ~ tikus sj tumbuhan (herba), kekara, ombak-ombak, peparu bindang, rumput sisik betuk (naga), Desmodium heterophyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.li.nga] | تليڠا

Definisi : 1 alat pancaindera utk mendengar (terletak di kiri kanan kepala manusia atau kepala binatang). 2 tempat memegang atau tangkai pd sesuatu yg rupanya spt telinga 1. ~ gajah telinga yg besar atau lebar. ~ kuali a. tangkai tempat memegang kuali. b. = ~ tempayan ki orang yg tidak mahu mendengar kata, nasihat dsb. ~ lintah orang yg lekas mendengar. ~ tipis orang yg lekas marah. ~ telepok layu telinga yg cantik bentuknya. mene­linga mendengar betul-betul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.li.nga] | تليڠا

Definisi : ; ~ kera nama sj pokok; mendalu, Henslowia umbellata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telinga (kata nama)
Bersinonim dengan alat pendengaran, pancaindera;,
Kata Terbitan : menelinga,

Puisi
 

Anak Cina telinga bertindik,
     Badan kurus panjang lampai;
Hendak melangkah kaki pendek,
     Hendak mencapai tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jabing; telinga ~ telinga yg besar; menjabing menarik telinga.Kamus Dewan Edisi Keempat
semping(sémping) Kl tidak lengkap (bahagian badan), cacat; kepala ~ kepala yg tidak berambut sebelah (sebahagian daripadanya botak); telinga ~ telinga yg rabit (terpotong dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
telinga I1. pancaindera utk mendengar (di kiri kanan kepala manusia atau binatang), kuping: aku membisikkan sesuatu ke ~ nya; 2. = daun ~ bahagian telinga sebelah luar utk menangkap suara, kuping: dipulasnya ~ budak yg degil itu; pangkal (pohon) ~ tempat daun telinga bercantum dgn kepala; 3. sesuatu yg menyerupai telinga (mis pemegang pd barang-barang yg tertentu dll); ~ beruk telinga yg rapat pd kepala; ~ biola alat utk menegangkan (mengendurkan) tali biola; ~ gajah (jabing, jobing) telinga yg lebar; ~ jebang telinga yg menganjur keluar; ~ kuali a) tangkai tempat mengangkat kuali; b) ki orang yg tahan hati walaupun dimarahi dan dikatai oleh orang lain; ~ kucing (kam­bing, rusa) telinga yg tirus ke atas; ~ nipis (tipis) orang yg lekas marah; ~ telepok layu telinga yg cantik bentuknya; ~ tempayan ki orang yg tidak mahu mendengar; ~ tikus telinga yg kecil dan tirus; ~ bagai ~ rawah prb Mn a) tidak meng­endahkan nasihat dan tunjuk ajar orang; b) tidak berasa malu mendengar perkataan yg tajam; ~ rabit, pasang subang di kaki = ~ rabit dipasang subang kaki, untut dipakai-kan gelang, jari kontong dimasukkan cincin prb membuat sesuatu yg tidak layak akhirnya menjadi keaiban; ~ yg lembut itu kerap dipulas, yg bodoh juga yg ditipu orang prb a) orang yg pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; b) orang yg penurut selalu diperkuda orang; masuk ke ~ kanan, keluar ke ~ kiri prb tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yg diberikan; pilin ~ saring-saring prb Mn hendaklah difikirkan habis-habis sebelum mengerjakan sesuatu; rasa pedih cuping ~ prb marah kerana mendengar sesuatu yg tidak patut; menelinga memasang telinga, mendengar dgn hati-hati (percakapan dll): aku ~ kalau-kalau bunyi itu datang ke bilikku.Kamus Dewan Edisi Keempat
cupingkeping kecil; se~ sekeping; ~ hidung bahagian pd kiri kanan lubang hidung; ~ telinga bahagian bawah daun telinga; rasa pedih ~ telinga prb marah mendengar sesuatu perkataan dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan);Kamus Dewan Edisi Keempat
anak telingabahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pangkal (pohon) telingatempat daun telinga bercantum dgn kepala; 3. sesuatu yg menyerupai telinga (mis pemegang pd barang-barang yg tertentu dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
gegendang telinga(Bio) membran keras yg menghantarkan getaran gelombang bunyi drpd bahagian telinga luar ke bahagian telinga tengah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kejutkaku (anggota, urat) disebabkan ter­peranjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (ber­lakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak di­jangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, ber­goncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedar­kan dr tidur (khayalan, menungan, dll), mem­bangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairan­kan, mengagetkan, menyebabkan (orang) ter­sentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberang­sangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (meme­ranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat).Kamus Dewan Edisi Keempat
tindikbertindik berlubang atau sudah dibuat lubang halus pd sesuatu bahagian tubuh spt telinga dan hidung (supaya boleh dipakaikan anting-anting dsb); ~ telinga istiadat melu­bangi cuping telinga;menindik melubangi (mencucuk) sesuatu bahagian tubuh spt telinga dan hidung: supaya dapat memakai subang, telinga hendaklah ditindik; menindikkan membuat supaya seseorang bertindik: terdapat kedua-dua istiadat ter-sebut, iaitu menyucikan Raja Ahmad dan ~ dua orang puteri baginda Sultan Mansur Shah; penindikan perihal atau perbuatan menin­dik: ~ cuping telinga anak perempuannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas