Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.li.ti] | تليتي

Definisi : 1. cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama: kumpulan buku yg ada, hendaklah diselidiki dgn ~; 2. dgn sungguh-sungguh, hati-hati, waspada: gadis yg manis itu turut me­mer­hati dgn amat ~ benar; meneliti 1. memeriksa (mengkaji, menye­lidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2. me­mer­hati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat; ketelitian perihal teliti, kecermatan, kesak­samaan: dia sedar tentang ~nya menjalan­kan tugas sbg seorang ketua parti; penelitian perihal (kerja dsb) meneliti, peng-kajian, penyelidikan, pemeriksaan; peneliti orang yg meneliti, penyelidik, peng­kaji, pemeriksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.li.ti] | تليتي

Definisi : 1 cermat dan hati-hati (melakukan sesuatu): Dia membaca soalan-soalan itu dgn ~ sebelum menjawabnya. 2 sungguh-sungguh (ketika melakukan sesuatu); cermat; hati-hati: Direnungnya muka anaknya dgn ~. meneliti 1 memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti. 2 memperhatikan dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat. ketelitian keadaan atau hal teliti; kecermatan. penelitian perbuatan atau hal meneliti. peneliti orang yg meneliti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Sarap sehelai dituilkan,
     batu sebuah digulingkan.

Bermaksud :

Menyelidiki dan memeriksa sesuatu dengan teliti. tuil = buang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya faham bahawa: Dalam frasa 'dengan teliti' , perkataan 'teliti' ialah kata adjektif. Dengan berdasarkan rumus tatabahasa, kata adjektif tidak boleh hadir selepas kata sendi nama. Untuk menangani masalah ini, panel penulis Tatabahasa Dewan telah memasukkan kata pembenda -nya sebagai kata tugas dalam bahasa Melayu.Kata pembenda :-nya :ialah kata tugas yang menjadikan perkataan yang bukan kata nama sebagai kata nama. Oleh hal yang demikian, frasa 'dengan teliti' perlu dibetulkan menjadi 'dengan telitinya'. Bagaimanakah pula dengan perkataan seperti berikut : 1. dengan berhati-hati atau dengan berhati-hatinya. 2. dengan tertib atau dengan tertibnya 3. dengan bersungguh-sungguh atau dengan bersungguh-sungguhnya Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.Penggunaan frasa yang betul ialah “dengan telitinya”, “dengan berhati-hati”, “dengan tertibnya” dan “dengan bersungguh-sungguhnya”. Dalam frasa “dengan berhati-hati”, kata pembenda tidak digunakan kerana perkataan “berhati-hati” bukan kata adjektif, sebaliknya kata kerja.  Tatabahasa30.06.2022
Salam pagi, Ayat yang manakah lebih gramatis: 1) Kita harus mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti 2) Kita harus menimbangkan perkara tersebut dengan teliti 3) Kita harus timbangkan perkara tersebut dengan teliti. terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Kita harus mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti.
Tatabahasa13.10.2015
Cikgu, cuba teliti dua ayat yang saya berikan dan minta cikgu nyatakan ayat yang betul. 1. Pelajar zaman sekarang terlalu leka dan alpa dalam melayari internet. 2. Pelajar zaman sekarang terlalu leka dan alpa dalam pelayaran internet. Pada pendapat saya, kata sendi nama "dalam" mesti diikut oleh frasa nama abstrak, jadi frasa "dalam pelayaran internet" lebih tepat, kerana kata nama "pelayaran" kata nama abstrak. "Pelayaran" bermaksud hal atau perbuatan melayari, maka "pelayaran internet" bermaksud hal atau perbuatan melayari internet. Minta cikgu tambahkan keterangan sebab kepada jawapan cikgu.Kami berpandangan ayat yang gramatis ialah "Pelajar zaman sekarang terlalu leka dan alpa melayari internet".
Tatabahasa03.03.2015
Tuan, minta teliti ayat ini. 1. Saya berasa / merasai / merasakan bahawa kita tidak patut malu menanyakan sesuatu yang tidak kita fahami semasa guru sedang mengajar. Dalam ayat (1), kata kerja yang harus digunakan ialah "berasa", "merasai" atau "merasakan"?Kata kerja yang harus digunakan dalam contoh ayat saudara ialah "Saya merasakan bahawa kita tidak patut malu menanyakan sesuatu yang tidak difahami semasa guru sedang mengajar."Tatabahasa30.12.2014
Selamat pagi, Anatara yang kedua- dua ayat di bawah, yang manakah betul? A) Kerja itu hendaklah anda buat dengan teliti. B) Kerja itu hendak dibuat dengan teliti oleh anda.Ayat (A). Walau bagaimanapun, ayat yang lebih baik, cukup sekadar: Kerja itu hendaklah dibuat dengan teliti.Tatabahasa20.08.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1) Teliti ayat-ayat di bawah, kemudian kenal pasti kata nama am dan kata nama khas dalam setiap ayat berikut. 2) Teliti ayat-ayat di bawah. Kemudian, kenal pasti kata nama am dan kata nama khas dalam setiap ayat berikut. Tuan, antara kedua-dua arahan di atas, yang mana satukah betul dari segi tanda bacanya? Mohon penjelasan. Terima kasih.Teliti ayat-ayat di bawah, kemudian kenal pasti kata nama am dan kata nama khas dalam setiap ayat yang berikut.Tatabahasa01.02.2017
1. Apabila sudah dewasa, kita tidak sepatutnya masih bergantung ( pada , kepada )orang lain lagi ? Jawapan manakah lebih sesuai ? TQ 2(A) Kakak membuat kerja sekolah dengan teliti di bilik bacaan. @ (B)Kakak membuat kerja sekolah di bilik bacaan dengan teliti. Ayat A @ Ayat B lebih tepat? 3. kuih-muih tradisional @ kuih-muih lama ? 4. mencuci kasut hingga bersih @ mencuci kasut sehingga bersih ? Terima kasih..................

1. Apabila sudah dewasa, kita tidak sepatutnya masih bergantung pada orang lain lagi.

2. Kakak membuat kerja sekolah dengan teliti di bilik bacaan. Kakak membuat kerja sekolah di bilik bacaan dengan teliti. - kedua-duanya betul.

3. Kuih-muih tradisional.

4. Mencuci kasut hingga/sehingga bersih. - hingga/sehingga kedua-duanya betul.

Tatabahasa10.05.2010
Selamat sejahtera diucapkan. Saya mempunyai satu kemusykilan tentang ayat majmuk. Diharap pihak tuan/puan dapat membantu saya. i) Kain sari itu berkualiti. ii) Kain sari itu dhasilkan dengan teliti. Ayat majmuk untuk kedua-dua ayat tunggal di atas ialah: a) Kain sari yang berkualiti itu dihasilkan dengan teliti. b) Kain sari itu berkualiti dan diahasilkan dengan teliti. a atau b merupakan jawapan yang tepat? Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

Encik Teoh,

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa ayat  tersebut merupakan ayat majmuk kerana mempunyai dua ayat tunggal. Akan tetapi,  kedua-dua ayat ini boleh dijadikan satu ayat dengan menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat  tersebut dengan kata hubung dan, atau, tetapi, dan sebagainya.  Proses gabungan ini dipanggil ayat majmuk gabungan.  Oleh itu, ayat sdr akan dibina seperti berikut:

     Kain sari itu berkualiti dan dihasilkan dengan teliti.

Untuk makluman sdr, ayat (i) dan (ii) mempunyai unsur yang sama dan diulang, iaitu kain sari. Oleh itu, bahagian yang sama itu boleh digugurkan dan ditambah dengan kata hubung "dan".

Tatabahasa27.03.2009
terangkan makna sebenar perkataan ini, TAHU, SELIDIK, JANGKAAN, TANGGAP, MAKLUM.Makna tahu ialah maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti. Selidik pula bermakna teliti dan cermat. Manakala makna bagi perkataan jangkaan pula ialah apa-apa yg dijangka, dugaan, sangkaan. Makna bagi perkataan tanggap ialah memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan. Makna perkataan maklum ialah sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Harap maklum.Makna29.10.2007
Salam. Bolehkah saya tahu perbezaan antara selidik dan selidiki, berserta dengan contoh yang sesuai. Terima kasih.Selidik bermaksud cermat serta teliti ketika me­lakukan sesuatu: Dia telah menyiasat hal itu dgn selidiknya. Berdasarkan maksud tersebut, selidik merupakan sifat cermat dan teliti. Manakala selidiki ialah perbuatan selidik yakni kata kerja. Contoh; Tolong selidiki dulu permasalahan itu sebelum melaporkan perkara tersebut kepada polis," kata ayah kepada abang dengan tegas.Tatabahasa10.07.2013
12345678910

Kembali ke atas