Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serang­ga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semua­nya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, ber­telur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,

Puisi
 

Kalau tuan merendam telur,
     Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
     Jangan lupa keluarga yang miskin.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Telur sesangkak,
     pecah satu pecah semua.

Bermaksud :

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
egg qualitykualiti telurPerikananAkuakulturPeratusan telur tersenyawa yang terapung berbanding dengan telur tidak tersenyawa yang tenggelam. Telur yang terapung 80% ke atas dikategorikan sebagai telur yang berkualiti.
ovoviviparityovoviviparitiBiologiFisiologiKebolehan menghasilkan anak secara perkembangan dan penetasan telur sewaktu telur itu masih berada di dalam badan haiwan. Embrio yang ditetas mendapat makanan daripada yolka telur.
artemia cystsista artemiaPerikananAkuakulturTelur artemia yang belum menetas. Pada kemasinan lebih daripada 100 ppt, artemia akan menghasilkan telur. Telur tersebut akan dikumpulkan dalam keadaan dorman. Telur artemia kelihatan seperti partikel kecil berwarna coklat keperang-perangan dan berbentuk bulat. Sumber sista artemia diperoleh daripada tasik-tasik garam seperti Great Salt Lake, Amerika Syarikat. Sista artemia ditinkan bagi tujuan komersial.
fertile eggtelur berbenihPenternakanGenetik dan PembiakbakaanTelur yang telah disenyawakan dan boleh berkembang menjadi embrio. Contoh telur berbenih ialah telur ayam yang berusia tiga hari ke atas.
gasing telurgasing telurSukanTiadaGasing yang bahagian badannya berbentuk telur dan bersaiz kecil.
telur rigu(Bid.)telur rigu(Bid.)KesenianTiadaCorak ukiran berunsur haiwan berbentuk telur sesumpah.
omelettetelur dadarMakanan dan PemakananMakananHidangan daripada telur yang dipukul lalu dimasak dengan mentega atau minyak yang sedikit di dalam kuali tanpa dikacau sehingga masak. Adakalanya telur dadar dilipat separuh bersama inti seperti keju, sayur-sayuran, daging (selalunya ham), atau beberapa kombinasi di atas. Telur yang dipukul boleh dicampur dengan sedikit susu, krim atau air.
puffed omelletetelur dadar gebuPentadbiran PerniagaanTiadaTelur dadar yang dicampur putih telur yang telah dipukul berasingan sehingga kembang.
puff omelettedadar telur gebuPentadbiran PerniagaanTiadaTelur dadar yang dicampur putih telur yang telah dipukul berasingan sehingga kumbang.
yolkyolkaVeterinarTiadaMakanan yang tersimpan di dalam telur untuk kegunaan embrio. Bagi telur yang tersenyawa, embrio terletak di permukaan yolka. Bahan ini merupakan 30% daripada keseluruhan berat telur yang mengandungi 48% air, 17.5% protein, 32.5% lemak dan 2% abu. Telur haiwan oviparus seperti burung mengandungi yolka yang lebih besar berbanding haiwan lain.
12345678910...

Kembali ke atas