Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ma] | تيما

Definisi : (téma) subjek yg menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dlm kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sbg tema, berdasarkan tema (yg tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ma] | تيما

Definisi : /téma/ dasar cerita yg di­per­cakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll. bertema mempunyai tema. ber­temakan meng­gunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ “Amanah Asas Kejayaan”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tema (kata nama)
Bersinonim dengan dasar, asas, pokok, tajuk, judul, motif, isi;,
Kata Terbitan : bertemakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tema /téma/ bertemakan menggunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ Amanah Asas Kejayaan . slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. Mohon pencerahan kerana saya keliru perbezaan antara tema dan slogan kata. Mengikut kefahaman saya "Amanah Asas Kejayaan" adalah slogan kata bukannya tema. Ini kerana saya merujuk kepada maksud tema adalah dasar cerita yg dipercakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll.Ungkapan ringkas seperi Amanah Asas Kejayaan merupakan slogan kerana slogan ialah kata-kata keramat yang dijadikan pegangan sesuatu organisasi. Walau bagaimanapun tidak salah juga untuk kita menyebutnya sebagai tema kerana tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu perbincangan. Contohnya, ungkapan 1 bangsa, 1 bahasa, 1 Negara diangkat sebagai tema hari kebangsaan kerana subjek tersebut yang menjadi dasar dalam perbincangan tentang hari kebangsaan. Dalam konteks yang lain seperti tema sesebuah filem atau cerita tidaklah boleh disamakan dengan slogan.Tatabahasa28.02.2014
Apakah Perbezaan antara slogan dan tema. Mohon contoh sekali.Dalam kamus Dewan, slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. berslogan mempunyai slogan. berslogan­kan mempunyai sesuatu sebagai slogan; ber­cogan­katakan: Perjuangan mereka ~ Hidup Melayu.

Manakala tema (téma) ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dalam kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sebagai tema, berdasarkan tema (yang tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan.

Tatabahasa11.09.2013
Saya ingin mendapatkan pencerahan berkaitan penggunaan kata ganda penuh. Adakah penggunaan kata ganda perlu dalam menggambarkan bilangan yang banyak? Contohnya jika saya menyatakan the films are great atau the themes in the movie. Dalam bahasa melayu perlukah saya menggunakan "filem-filem" dan "tema-tema" dalam bahasa Melayu untuk menunjukkan bilangan yang banyak? Setahu saya ini adalah tidak diperlukan. Mohon pencerahan.Penggunaan kata ganda penuh adalah dibenarkan untuk menunjukkan bilangan yang banyak. Walau bagaimanapun, keperluan penggunaan kata ganda ini bergantung pada konteks penggunaan. Oleh itu, kita perlu melihat keseluruhan teks atau ayat untuk menentukan sama ada perkataan tersebut perlu digandakan atau tidak.Istilah16.09.2016
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan.

Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi.  Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujung­nya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan.

Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. 

Makna25.04.2011
Tema "Menjulangi Sarawak", adakah ia melanggar mana-mana tatabahasa? Terima kasih.Tidak ada contoh penggunaan kata menjulangi dalam pangkalan data kami. Perkataan menjulang yang bermaksud menghormati dan menyanjung tinggi telah melengkapkan makna frasa "menjulang Sarawak". Oleh itu frasa "menjulangi Sarawak" tidak gramatis.Tatabahasa23.03.2012
Nor Ashikin Mohd Saad Aug 2nd, 10:13am Salam, saya tengah mencari maklumat mengenai BBK 2014 tetapi tidak menemui tema pada tahun ini. boleh saya tahu tema tahun niTema Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 ialah 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara.Lain-lain02.08.2014
salam.. tentang tema makan malam boley x kite gunakan tema berunsur ilmiah seperti mengorak citra di lawangan cendikia bermaksud menbentuk imej di gerbang ilmiah.. boley ke or ade contoh2 yang lain yang boley dibuat rujukan..Lazimnya tema majlis mengungkapkan perkataan/ayat yang ringkas, mudah difahami dan bersesuaian dengan konsep majlis yang dianjurkan. Pada pandangan kami tema majlis makan malam tidak perlu terlalu ilmiah sesuai dengan konsep majlis (makan malam) lebih kepada tujuan sosial dan meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa.Tatabahasa23.05.2011
Berikut adalah tema konvensyen yang akan kami adakan. Mohon untuk menyemak tema mengikut bahasa melayu yang betul. a. Inovasi Kreatif Menjana Transformasi. ( ayat macam tergantung?) b. Inovasi Kreatif Penjana Transformasi.( inovasi kreatif menjadi subjek) c. Inovatif Penjana Transformasi(inovasi+ kreatif = inovatif?) D. Lain cadangan dari pihak tuan jika ada.Tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu wacana. Tema boleh dihasilkan dalam bentuk ayat atau frasa. Pada pandangan kami, tema  'Inovasi Kreatif Menjana Transformasi' dan 'Inovasi Kreatif Penjana Transformasi', kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa12.04.2011
Adakah tema Inovasi Tonggak Kecemerlangan Jabatan sesuai digunapakai?Tema "Inovasi Tonggak Kecemerlangan" boleh digunakan dan tdak perlu ditambah jabatan kerana tema ini umum dan boleh melambangkan jabatan atau organisasi.Tatabahasa26.07.2013
1. Apakah maksud Integrity, Trustworthy & Sustainability? 2. Adakah Integrity, Trustworthy & Sustainability boleh dijadikan sebagai tema sesuatu persidangan? 3. Yang manakah lebih sesuai untuk dijadikan sebagai tema persidangan : - Integrity, Trustworthy & Sustainability; atau - Integrity...Sustainable...Trust...Kesesuaian menentukan tema persidangan terletak pada budi bicara pihak penganjur persidangan. Mohon tuan/puan memberikan terjemahan tema persidangan dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian penggunaannya dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan06.04.2017
12345678910...

Kembali ke atas