Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ma] | تيما

Definisi : (téma) subjek yg menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dlm kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sbg tema, berdasarkan tema (yg tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ma] | تيما

Definisi : /téma/ dasar cerita yg di­per­cakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll. bertema mempunyai tema. ber­temakan meng­gunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ “Amanah Asas Kejayaan”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tema (kata nama)
Bersinonim dengan dasar, asas, pokok, tajuk, judul, motif, isi;,
Kata Terbitan : bertemakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
odeodaKesusasteraanPuisiPuisi yang membawakan pemikiran dan tema-tema berupa sanjungan, pemujaan dan pujian, terutama terhadap seseorang tokoh, pemimpin atau objek-objek yang disanjungi dan dihormati. Puisi-puisi yang dijadikan lagu-lagu nasyid adalah merupakan puisi oda yang liriknya menyanjung tentang kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan keagungan Allah s.w.t.
buried themetema tersiratKesusasteraanTiadaTema yang tersembunyi atau pernyataan yang dipersembahkan secara tidak langsung dalam sesebuah sajak. Tema tersirat berbeza dengan tema eksplisit yang dipaparkan secara langsung dan ketara. Penggunaan tema tersirat bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pembaca mencari maksud tersirat, lantas pembaca seolah-olah mencipta semula sajak itu. Namun, kadangkala tema tersirat menjadi punca kelemahan sesebuah sajak. Hal ini demikian kerana sajak terlalu kabur sehingga rumit untuk ditafsirkan.
tematemaMuzikTiada

Melodi utama dalam sebuah karya muzik. Lihat juga subjek.

transformation of themes/thematic transformationtransformasi temaMuzikTiada

Penyampaian sesuatu tema secara kreatif pada keseluruhan karya dalam muzik program, puisi simfoni dan tondichtung. Tema sesuatu watak atau idea dipelbagaikan untuk menggambarkan suasana atau sifat yang berlainan. Teknik transformasi ini mengubah sifat tema tanpa menjejaskan identiti tema asal. Lihat juga idee fixe, Leitmotif.

themetemaKesusasteraanTiadaMesej utama yang terkandung dalam sesebuah karya termasuklah novel, cerpen, drama dan puisi. Tema jarang diungkapkan secara langsung tetapi diekspresikan melalui imej yang berulang-ulang, mengandungi aksi, watak dan lambang serta harus ditafsirkan oleh pembaca atau khalayak. Tema berbeza dengan subjek (topik atau perkara yang ingin diperkatakan). Tema merupakan komen, pemerhatian, dan telahan tentang subjek. Tema dalam bahasa Yunani bermaksud �cadangan� atau �letak�.
Faust themetema FaustKesusasteraanTiadaTema arketaip seseorang cendekiawan yang sanggup menerima balasan seksa neraka demi memiliki kepuasan intelektual dan kebendaan. Hal ini didasarkan kepada legenda pada kurun ke-16 yang mengesahkan seorang ahli sihir bernama Faust. Faust sanggup menggadaikan nyawanya kepada syaitan demi memperoleh pengetahuan dan kuasa. Tema ini dihidupkan dalam karya Geothe bertajuk Faust dan novel Thomas Mann berjudul Doktor Faustus.
theme-basedasas temaPendidikanTiadaPenyusunan pengalaman pembelajaran di sekitar tema yang menghubungkan kandungan daripada pelbagai bidang.
theme parktaman temaLandskapTiadaKawasan berlandskap hiburan yang mempunyai tema tertentu dan menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi kepada orang ramai. Taman ini biasanya mengenakan bayaran masuk kepada setiap pengunjung.
theme parktaman temaLandskapTiadaKawasan berlandskap hiburan yang mempunyai tema tertentu dan menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi kepada orang ramai. Taman ini biasanya mengenakan bayaran masuk kepada setiap pengunjung.
themetemaKesusasteraanPuisiPersoalan pokok atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah puisi. Tema boleh juga diertikan sebagai idea pusat atau idea dasar. Dalam puisi, persoalan atau idea tersebut agak sukar ditentukan kerana bahasa yang menjadi alat penyampaian lebih bersifat menggambarkan dan bukan menceritakan.
12345678910...

Kembali ke atas