Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : = ~ merah sj logam berwarna merah dan digunakan utk membuat dawai (periuk dll); ~ kuning aloi drpd tembaga dan zink, kuning­an, loyang; ~ perunggu aloi drpd tembaga dan timah, gangsa; ~ putih aloi drpd campuran timah putih dan timah hitam; ~ suasa aloi drpd campuran emas dan tembaga;menembaga berwarna merah spt tembaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : bunga ~ suasa sj tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bawang hutan (tanah, tembaga), melung, (se)landap, Crinum asiaticum; daun ~ suasa sj tumbuhan (pokok renek), dawai-dawai, dedawai (betina), itah tembaga, rancang besi, tampang besi, tongkat ali, Smilax callophylla; rumput ~ jantan sj tumbuhan (rumput), Ischaemum muticum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : , = ~ merah logam ber­warna perang kemerah-merahan yg biasanya digunakan utk dibuat dawai, periuk dll: ~ kuning pancalogam drpd campuran tembaga dgn zink; loyang; ~ putih pancalogam drpd campuran timah putih dgn timah hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembaga

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
logammetalUnsur kimia seperti besi, emas, perak, dan tembaga yang dapat mengalirkan haba dengan baik. Lihat RajahSekolah Rendah
konduktor elektrikelectric conductorBahan yang boleh mengalirkan arus elektrik. Contohnya, tembaga, perak dan emas.Sekolah Rendah
konduktor habaheat conductorBahan yang boleh mengalirkan haba. Contohnya, besi, aluminium dan tembaga. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas