Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : = ~ merah sj logam berwarna merah dan digunakan utk membuat dawai (periuk dll); ~ kuning aloi drpd tembaga dan zink, kuning­an, loyang; ~ perunggu aloi drpd tembaga dan timah, gangsa; ~ putih aloi drpd campuran timah putih dan timah hitam; ~ suasa aloi drpd campuran emas dan tembaga;menembaga berwarna merah spt tembaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : bunga ~ suasa sj tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bawang hutan (tanah, tembaga), melung, (se)landap, Crinum asiaticum; daun ~ suasa sj tumbuhan (pokok renek), dawai-dawai, dedawai (betina), itah tembaga, rancang besi, tampang besi, tongkat ali, Smilax callophylla; rumput ~ jantan sj tumbuhan (rumput), Ischaemum muticum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : , = ~ merah logam ber­warna perang kemerah-merahan yg biasanya digunakan utk dibuat dawai, periuk dll: ~ kuning pancalogam drpd campuran tembaga dgn zink; loyang; ~ putih pancalogam drpd campuran timah putih dgn timah hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembaga

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
belilit Kdsejenis gelang yang diperbuat daripada tembaga yang digunakan di kaki atau tangan.Belilit - ini sejenis gelang yang diperbuat daripada tembaga, boleh digunakan sebagai perhiasan di kaki ataupun di tangan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
magi Kdalat perhiasan pada pakaian tradisional wanita berupa cincin tembaga.Magi - yang juga disebut `kumagi' iaitu sejenis cincin tembaga yang digunakan dua tiga utas bagi seorang penari. Di Penampang, kumagi ini dinamakan tatangkong.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kubamban Bj PT, Sl, Tbsejenis butang tembaga menyerupai butang betawi.Baju kebaya, potongan pendek, bertangan panjang dengan dihiasi dengan kubamban yang diperbuat daripada tembaga menyerupai butang betawi.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
batil Ihalat muzik tradisional diperbuat daripada tembaga.Tarian Basal bagi kaum Idahan ini diiringi oleh muzik yang terdiri daripada: Gong - beberapa buah Batil - sejenis alat muzik yang dibuat daripada tembaga.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gadur Bj Sm, Ir, MSb, Tbsejenis bekas bertutup yang dibuat daripada tembaga, digunakan sebagai hiasan atau dalam majlis-majlis rasmi bagi golongan bangsawan.Harta lain seperti gong, kulintangan, talam tembaga, gadur dan sumbul yang berjajar di dinding rumah mereka banyak dipamerkan menghias dinding.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
inansaran Kd Kjperhiasan leher yang berupa gelang-gelang yang diperbuat daripada tembaga.Ginontob - iaitu sejenis gelang tangan digunakan sebagai perhiasan di tangan, manakala di leher pula dihiasi dengan inansaran - iaitu gelang-gelang yang diperbuat daripada logam tembaga; di kaki penari-penari ini dihiasi dengan lungkaki.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
karieng Kd Kjsejenis alat perhiasan yang diperbuat daripada manik-manik dan tembaga.Maturun - iaitu kain jenis hitam yang dihiasi dengan linangkit, manakala di bahagian bawah kain itu dihiasi dengan karieng, iaitu sejenis alat perhiasan yang diperbuat daripada manik-manik dan tembaga.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gadus MSbsejenis tembaga.Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarna­-warni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sumbul Bj Smbekas tembaga yang digunakan untuk mengisi sirih pinang.Pak Guring lalu menghulurkan sumbul yang berisikan sirih pinang kepada Pak Longgon. Sambil ibu jari kanannya mengarah ke suatu sudut, di mana ayam jantan Tanak Wagu terikat di situ.Ayam Jantan, Tanak Wagu dan SumandakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ganggalong Rgsejenis perhiasan wanita.Ganggalong - lingkaran tembaga yang dililit ke leher hingga ke bahu. Panjangnya kira-kira 20 kaki, garis lintangnya kira-kira 18 inci.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas