Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ merah sj logam berwarna merah dan digunakan utk membuat dawai (periuk dll); ~ kuning aloi drpd tembaga dan zink, kuningĀ­an, loyang; ~ perunggu aloi drpd tembaga dan timah, gangsa; ~ putih aloi drpd campuran timah putih dan timah hitam; ~ suasa aloi drpd campuran emas dan tembaga;menembaga berwarna merah spt tembaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembaga I

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cooper toolingpengetukan tembaga; ketukan tembagaKesenianTiada1. Pengetukan tembaga: Proses mengetuk kepingan tembaga merah untuk menghasilkan ketukan tembaga.,2. Ketukan tembaga:Kepingan tembaga merah yang mempunyai timbulan corak pada permukaannya.
escutcheon pinpaku tembagaKesenianTiadaPaku daripada tembaga dan bersaiz kecil untuk melekatkan plat tembaga.
blister coppertembaga kerapuKimiaTiadaHasil perantara dalam pembuatan tembaga yang mengandung 98.5 - 99.5% tembaga.
fuse wiredawai fiusTeknikElektrikDawai yang sesuai untuk dijadikan unsur fius. Dawai fius biasanya dibuat daripada timah, tembaga, tembaga bersalut timah atau aloi timah dan plumbum.
bronzegangsaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAloi tembaga dan timah yang mempunyai campuran kira-kira 90 peratus tembaga dan 10 peratus timah. Kebanyakan gangsa mempunyai dua elemen ini, namun terdapat juga elemen lain seperti plumbum, arsenik atau antimoni dijumpai di dalamnya. Penambahan bahan timah ke dalam tembaga akan memudahkan kerja membuat acuan untuk menjadikan hujung alat dan senjata lebih keras. Contohnya, gendang, alat perhiasan, senjata dan cangkul.
flour coppertembaga tepungGeografiTiadaTembaga jati yang sangat halus, berkuping, dan terapung di atas air.
flour coppertembaga tepungGeologiTiadaTembaga jati yang sangat halus, berkuping, dan terapung di atas air.
arsenicarsenikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLogam yang ditemui dalam kandungan tembaga dalam satu mendapan yang bertujuan untuk memperkukuh hasil cetakan artifak dan juga menambah kekerasannya. Kandungan tiga peratus arsenik dalam tembaga sudah memadai untuk tujuan tersebut. Penggunaannya hampir sama dengan campuran bijih timah dalam tembaga untuk menghasilkan alatan gangsa. Contohnya, penemuan di Jerman, mendapati arsenik wujud dalam kandungan tembaga.
bornitebornitGeologiTiadaBijih tembaga yang berharga; sulfida tembaga dan besi; Cu5FeS4, menghablur dalam sistem kubus.
bornitebornitKimiaTiadaBijih tembaga yang berharga; sulfida tembaga dan besi; Cu5FeS4, menghablur dalam sistem kubus.
12345678910...

Kembali ke atas