Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.ba/.me.ném.ba/] | تيمبق -منيمبق

Definisi : saling menembak, ber-tembak-tembakan: menghentikan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.ba/.me.ném.ba/] | تيمبق -منيمبق

Definisi : kejadian bertembak-tembakan: Maka berlakulah ~ antara kedua-dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembak-menembak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN GETTYSBURG

Pertempuran Gettysburg, berlaku pada 1 Julai

hingga 3 Julai 1963 dan merupakan titik penentuan

dalam Perang Saudara Amerika (1861–1865). Jeneral

George G. Meade yang mengetuai tentera Utara

(Kesatuan) seramai 90 000 orang untuk menewaskan

Jeneral Robert E. Lee yang mengetuai tentera

Selatan (Gabungan) seramai 75 000 orang. Kedua-

dua pasukan bersenjata bertempur secara

kebetulan di sebuah bandar kecil, di Gettysburg,

Pennsylvania . Tembak-menembak berlaku apabila

briged gabungan menyerang pasukan berkuda

Kesatuan di bandar Gettysburg pada 1 Julai.

UMUM 
TEMBAK CAKERA TANAH LIAT

Tembak cakera tanah liat ialah sejenis sukan

apabila seseorang menembak cakera tanah liat

yang dilemparkan ke udara oleh mesin. Penembak

cakera tanah liat menggunakan senapang patah

yang melepaskan kelongsong yang berisi kira-kira

500 penabur. Cakera ini mempunyai diameter tidak

lebih daripada 11 sentimeter. Mesin yang

dinamakan perangkap melemparkan cakera ke

udara dengan kelajuan hampir 100 kilometer

sejam.

UMUM 

Kembali ke atas