Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.ba.kau] | تمباکاو

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba yg daunnya dikeringkan dan diracik tipis-tipis utk dibuat rokok, cerut, dll), Nicotiana tabacum; 2. racikan daun tembakau yg telah dikeringkan (utk membuat rokok, cerut, sugi, dll); ~ belati = ~ tin tembakau yg diimport; ~ hutan sj tumbuhan (pokok yg daun dan akarnya dibuat ubat), Solanum verbascifolium; ~ Jawa tembakau dlm negeri; ~ kerosok daun tem-bakau yg telah dikeringkan; ~ lempeng (an) tembakau yg berkeping-keping tipis; ~ sek tembakau yg sangat halus hirisannya; pertembakauan perusahaan memproses tembakau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.ba.kau] | تمباکاو

Definisi : nama sj herba yg daunnya dikeringkan dan dihiris tipis-tipis utk dibuat rokok, cerut dsb, Nicotiana tabacum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembakau

Puisi
 

Sigup cina tembakau cina,
     Asapnya mari berbunga-bunga;
Pandang muka tidak berina,
     Sudah kutahu orang yang punya.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tobacco manufacturespembuatan tembakauEkonomiTiadaPembuatan keluaran tembakau seperti rokok, cerut, tembakau kunyah, dan termasuk juga operasi penyediaan dan pengeringan tembakau.
tobacco poisoningkeracunan tembakauKimiaForensikKeracunan yang disebabkan oleh nikotina yang terdapat dalam tembakau. Tanda utama keracunan ialah rangsangan pernafasan dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut ekoran pencemaran kulit atau penyedutan asap tembakau, atau debu tembakau menyebabkan rangsangan pernafasan, loya dan muntah, pening, sakit kepala, ciritbirit, takikardia, tekanan darah meningkat, berpeluh, dan peliuran. Keracunan akut akibat pengingesan atau pencemaran kulit dengan insektisid pekat yang mengandungi nikotina menyebabkan pedih mulut, kerongkong dan perut, diikuti segera dengan prostrasi, konvulsi, pernafasan semakin perlahan, ketakseragaman jantung, dan koma. Kematian terjadi dalam masa 5 minit hingga 4 jam. Keracunan kronik akibat penyedutan asap tembakau meningkatkan insiden penyakit jantung koronari dan kanser oral, pundi kencing, dan saluran pernafasan. Had pendedahan nikotina ialah 0.5 �g/ L dan dos maut adalah lebih kurang 0.6 mg/kg (1 titis).
tobacco etchpunar tembakauBiologiPatologiPenyakit tembakau yang disebabkan oleh virus. Gejalanya mula-mula nampak sebagai penjernihan urat, diikuti oleh begitu banyak bintik kecil, putih dan memanjang, dan kelihatan seperti goresan.
tobacco stainstain tembakauPerubatanTiadaStain yang disebabkan oleh nikotina dalam tembakau.
black shanklanasBiologiPatologiPenyakit tembakau yang disebabkan oleh Phytophthora nicotianae. Gejalanya ialah lecuh mendadak, yang berkembang dengan cepat, terutama sekali pada tembakau yang masih muda. Pangkal batang akan busuk, berwarna hitam dan apabila bahagian ini dibelah, nampak gejala dalamnya yang khas berupa pempitan batang.
blue mouldkulapuk biruBiologiPatologiPenyakit yang dicirikan dengan pertumbuhan kulat berwarna gelap kebiruan pada bahagian yang terjangkit, misalnya pada tembakau yang disebabkan oleh kulat Peronospora tabacina. Pada benih tembakau, daun yang terserang berwarna kuning dan berbentuk seperti mangkuk. Pada daun dewasa, terdapat belur bulat yang berwarna kuning dan dalam cuaca yang lembap terdapat bulu halus yang merupakan konidiofor dan spora kulat. Pada epal penyakit ini disebabkan oleh Penicillium expansum manakala pada ilmu pula ia disebabkan oleh P. italicum.
tobacco (Nicotiana tabacum)tembakau (Nicotiana tabacum)PertanianTiadaTiada
mustard browncoklat tembakauKesenianTiadaTiada
snuff browncoklat tembakauKesenianTiadaTiada
tobacco manufacturespembuatan tembakauEkonomiTiadaTiada
123456

Kembali ke atas