Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : (tembérang) tali-temali di kapal (perahu) utk meneguhkan tiang; ~ belakang = ~ buritan = ~ turut temberang yg di belakang tiang; ~ haluan temberang yg di sebelah hadapan; ~ lenggang temberang yg di kiri kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : (tembérang) percakapan dll yg sedap didengar (umumnya tidak benar), cakap yg muluk-muluk, bual: kalau begitu iklan-iklan dlm surat khabar itu ~ sahajalah; ~ lapuk omong kosong; jual ~ bercakap bohong; tukang ~ orang yg pandai bercakap muluk-muluk (bohong); menemberang bercakap yg bukan-bukan, membohong; menemberangkan bercakap bohong (yg bukan-bukan) pd, membohong: Roslan ~ isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : /tembérang/ bermacam-macam jenis tali yg digunakan di kapal atau di perahu utk meneguhkan tiang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : /tembérang/ percakapan atau kata-kata yg sedap didengar tetapi tidak benar; cakap yg muluk-muluk: Cakapnya tidak benar, ~ semata-mata. ~ lapuk cakap yg tidak berisi atau yg bohong. menemberang bercakap bohong; berbohong. menemberangi bercakap bohong kpd; membohongi: Dia telah ~ kawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temberang (kata nama)
Bersinonim dengan tipu, dusta, bohong, auta, koyok;,
Kata Terbitan : menemberang,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bluff 1~ it out, menemberang, temberang: the thieves were caught red-handed but they tried to ~ it out, pencuri-pencuri itu tertangkap ketika mereka mencuri tetapi mereka cuba temberang; ~ o’s way out, temberang utk melepaskan diri: he tried to ~ his way out of the difficult situation, dia cuba temberang utk melepaskan dirinya drpd keadaan yg kusut itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bluff 1n act of bluffing, temberang: his claim of being a boxer was just a ~ to scare you, pengakuannya bahawa dirinya seorang petinju hanyalah temberang utk menakutkan kamu; call so’s ~, mencabar sso utk membuktikan kata-katanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bluffern tukang temberang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backstayn (naut) /tambat, temberang/ belakang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
staysail n layar /bubutan, sokong, temberang/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shoot~ a line, (colloq) temberang; ~ the bolt, a. slide bolt into its socket, menyelak, mengenakan selak: he closed the door and shot the bolt, dia menutup pintu dan menyelak kuncinya; b. slide bolt out of its socket, membuka selak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blarneyn (dated) cakap muluk-muluk, temberang: don’t listen to what that salesman tells you – it’s all ~, jangan dengar kata-kata jurujual itu – semuanya cakap muluk-muluk saja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gammon 2 n (colloq) temberang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cock-and-bull storyn (colloq) temberang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gasbagn (derog & colloq) kaki /temberang, borak/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas