Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : (tembérang) tali-temali di kapal (perahu) utk meneguhkan tiang; ~ belakang = ~ buritan = ~ turut temberang yg di belakang tiang; ~ haluan temberang yg di sebelah hadapan; ~ lenggang temberang yg di kiri kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : (tembérang) percakapan dll yg sedap didengar (umumnya tidak benar), cakap yg muluk-muluk, bual: kalau begitu iklan-iklan dlm surat khabar itu ~ sahajalah; ~ lapuk omong kosong; jual ~ bercakap bohong; tukang ~ orang yg pandai bercakap muluk-muluk (bohong); menemberang bercakap yg bukan-bukan, membohong; menemberangkan bercakap bohong (yg bukan-bukan) pd, membohong: Roslan ~ isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : /tembérang/ bermacam-macam jenis tali yg digunakan di kapal atau di perahu utk meneguhkan tiang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tem.bé.rang] | تمبيرڠ

Definisi : /tembérang/ percakapan atau kata-kata yg sedap didengar tetapi tidak benar; cakap yg muluk-muluk: Cakapnya tidak benar, ~ semata-mata. ~ lapuk cakap yg tidak berisi atau yg bohong. menemberang bercakap bohong; berbohong. menemberangi bercakap bohong kpd; membohongi: Dia telah ~ kawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temberang (kata nama)
Bersinonim dengan tipu, dusta, bohong, auta, koyok;,
Kata Terbitan : menemberang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk simpulan bahasa berikut, perkataan 'tembelang' atau 'temberang' yang manakah betul? (a) besar tembelang (b) besar temberang (c) buka tembelang (d) buka temberangTiada maklumat berkaitan simpulan bahasa (a) besar tembelang (b) besar temberang (c) buka tembelang (d) buka temberang  dalam data kami.Tatabahasa17.12.2015
Assalamualaikum, Adakah 'kaki temberang' dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Jika ya, apakah maksudnya?Salam, kaki temberang tidak termasuk dalam simpulan bahasa.Lain-lain10.04.2014

Kembali ke atas