Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (tembéréng) 1. serpihan tembikar (cawan, mangkuk, dll), beling; 2. (Mat) baha­gian drpd sesuatu bulatan (berbataskan sebaha­gian drpd garis lilit dan satu garis lurus); 3. tembikar, porselin; ~ besar tembereng yg lengkoknya lebih pan­jang drpd separuh bulatan; ~ kecil tem­bereng yg lengkoknya lebih pendek drpd separuh bulatan; ~ tajam bahagian bulatan yg ber­bataskan garis lilit dan dua jari-jari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /tembéréng/ 1 serpihan cawan, mangkuk dll; beling. 2 baha­gian drpd sesuatu bulatan yg berbataskan sebahagian drpd garis lilit dan satu garis lurus (kedua-dua hujung garis lurus itu menyentuh garis lilit). ~ besar tembereng yg lengkungnya lebih panjang drpd separuh bulatan. ~ tajam bahagian drpd bulatan yg ber­sempadankan garis lilit dan dua jejari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembereng (kata nama)
Bersinonim dengan serpihan, kepingan, cebisan, pecahan, belahan, beling.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
centre of curvaturepusat kelengkunganMekanikGunaanPusat bagi tembereng lengkok pembeza yang berbentuk lengkung. Dari segi geometri, lengkung terbentuk daripada rentetan tembereng lengkok pembeza ds, dengan setiap tembereng ds itu ialah lengkok bagi suatu bulatan yang unik. pusat bulatan itu merupakan pusat kelengkungan bagi lengkung pada titik yang berpadanan dengan kedudukan tembereng.
radius of curvaturejejari kelengkunganMekanikGunaanJejari bagi tembereng lengkok pembeza yang membentuk sesuatu lengkung. Dari segi geometri, lengkung terbentuk daripada rentetan tembereng lengkok pembeza dengan setiap tembereng pembeza itu ialah lengkok bagi suatu bulatan yang unik. Jejari bulatan ini merupakan jejari kelengkungan bagi lengkung berkenaan pada titik yang berpadanan dengan kedudukan tembereng itu. Simbol yang digunakan untuk jejari kelengkungan ialah p.
perpendicular bisectorpembahagi dua sama serenjangMatematikTiadaGaris yang serenjang dengan sesuatu tembereng dan yang membahagikan tembereng itu kepada dua bahagian yang sama.
segment of linetembereng garisMatematikTiadaLihat tembereng.
segmenttemberengMatematikTiada1. Bahagian sesuatu garis lurus dengan panjang tertentu. Sinonim tembereng garis. 2. Bahagian sesuatu bulatan yang dihadkan oleh suatu lengkok dan perentas yang menghubungkan kedua-dua hujung lengkok berkenaan. 3. Bahagian sesebuah bongkah yang dipotong oleh suatu satah.
segmenttemberengTeknikElektrikBilah/palang yang disusun membentuk penukar tertib. Setiap bilah/palang dipisahkan dengan bahan penebat tahan panas, seperti mika. Tembereng digunakan untuk sambungan akhir setiap belitan angker.
internal divisionpembahagian dalamMatematikTiadaProses membahagikan tembereng yang menghubungkan dua titik A dan B melalui satu titik T pada tembereng itu; titik pembahagian ini memang terletak di antara A dan B. Arah AT dan TB adalah sama, maka nisbah pembahagian AT/TB bernilai positif.
external divisionpembahagian luarMatematikTiadaProses membahagikan tembereng yang menghubungkan dua titik A dan B; pembahagian luar dibuat melalui satu titik T yang terletak pada perpanjangan tembereng itu. Arah AT dan TB bertentangan, maka nisbah pembahagian At/TB bernilai negatif.
polygonpoligonMatematikTiada1. Rajah satah yang tertutup, yang sisinya terdiri daripada tembereng garis lurus. 2. Kawasan yang dibataskan dengan sebilangan tembereng garis lurus.
segmenttembereng; ruas; segmenFizikTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas