Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bus] | تمبوس

Definisi : 1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk: dinding papan itu ~ kena peluru; 2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke: gua itu ~ ke belakang bukit; jalan ini ~ ke pasar; 3. meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain: kertas ini jenis yg tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis; 4. dapat dilantas terus (barisan pertahanan dll), bolos, tobros: pertahanan musuh telah ~; 5. ark kena benar (dugaan dll), tepat; menembus 1. meresap masuk (ke dlm hati dll): kata-katanya tadi telah dapat ~ ke dlm hati suaminya; 2. terus sampai ke, terus ke; 3. ark betul (terkaan dll), tepat: firasatnya tidak ~; menembusi 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. mere­sap terus ke sebelah yg lain, melantas, merem­bes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (per­tahan­an dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; penembusan perihal menembus atau me­nem­busi, penobrosan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bus] | تمبوس

Definisi : 1 berlubang terus hingga ke sebelah; tembuk: Dinding rumahnya ~ kena peluru. 2 dpt dilalui sampai terus ke sebelah; lantas ke (ttg jalan dll): Jalan ini ~ ke Jalan Bangsar. menembus membuat lubang pd; membuat supaya tembus; menebuk: Mereka ~ gunung utk membuat terowong. menembusi 1 masuk terus ke sebelah; menusuk sampai tembus: Besi paku sebesar ini tidak dpt ~ papan yg begitu tebal. 2 meresap terus ke sebelah; melantasi: Ada jenis cahaya yg dpt ~ benda-benda keras, spt batu. 3 (dpt) melantasi pertahanan, pasaran dll: Teh jenis itu dpt ~ pasaran antarabangsa. tembusan 1 sesuatu spt jalan, sungai dll yg tembus ke. 2 sungai buatan utk dilalui kapal dll; terusan. 3 jalan yg menembusi bukit atau jalan bawah tanah; terowong. penembusan perbuatan (hal dsb) menembus atau menembusi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berlubang: tembuk, tebuk, bocor, bobos, bolos, lolos, toblos, tobros, bosor, pesuk,

2. Bersinonim dengan masuk terus ke: lantas ke, terus sampai ke,

3. Bersinonim dengan meresap: telap, serap, jerap, kejap,

Kata Terbitan : menembusi,

Peribahasa

Biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biang = hampir tembus.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ukir tembus separuhukir tembus separuhKesenianTiadaUkiran yang motifnya diukir secara tebukan yang tidak tembus. Sinonim: ukir tebuk separuh.
tebuk tembustebuk tembusKesenianTiadaTeknik tebuk yang menembusi ruang pada tanah ukir. Sinonim: tebuk terus.
ukir tembusukir tembusKesenianTiadaUkiran yang motifnya diukir menembusi bahan.
ukir tebuk separuhukir tebuk separuhKesenianTiadaUkiran yang motifnya diukir secara tebukan yang tidak tembus. Sinonim: ukir tembus separuh
penetrating radiationsinaran tembusKejuruteraanTiadaSinaran mengion dengan kuasa tembus tinggi.
perforatustembusPerubatanTiadaTiada
engravingturisanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiCorak hiasan yang dibuat pada kayu, tembaga, perak dan batu dengan menggunakan pahat dan pisau. Turisan dilakukan untuk menghasilkan suatu bentuk corak seperti yang terdapat pada kepala perahu, rehal dan mimbar masjid. Turisan mempunyai teknik tersendiri seperti teknik tebuk tembus dan separuh tembus. Terdapat motif yang pelbagai antaranya motif awan larat dan pucuk rebung. Sinonim ukiran.
perforatemenebuk; tembusPerubatanTiadaTiada
perforatemenebuk; tembusKejuruteraanTiadaTiada
penetratetusuk; tembusKejuruteraanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas