Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pah] | تمڤه

Definisi : = wang ~ wang yg dibayar lebih dahulu (utk membeli barang, upah membuat sesuatu, dll), cengkeram: tiap-tiap pemesan dikehen­daki membayar ~nya; menempah 1. memesan dgn memberi wang tempah, membeli atau menyatakan tujuan hendak membeli (barang, pakaian, dll) dgn membayar cengkeram: wang telah habis ~ peguam; ~ bidan memesan bidan; 2. menyu­ruh membuat (pakaian dll) dgn ukuran yg tertentu: baju batik yg ditempah di kedainya banyak; 3. ki sengaja mencari (bahaya dll): orang itu sengaja ~ maut; menempahkan menempah utk seseorang; tempahan 1. sesuatu yg ditempah (pakaian, peti, dll), pesanan, lwn kodian: baju ~; kasut ~; 2. perihal menempah, pesanan: mereka telah membatalkan ~ tiket kapal mereka; penempahan perihal (perbuatan dsb) me­nem­pah, pemesanan (barang); penempah orang yg menempah (memesan) barang, orang yg membuat tempahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pah] | تمڤه

Definisi : , = wang ~ wang pendahuluan utk upah membuat pakaian dll; ceng­keram. menempah 1 memesan barang-barang dll dgn membayar wang tempah; membeli dgn membayar cengkeram: Wangnya telah habis kerana ~ perabot rumah. 2 menyuruh membuat pakaian dll dgn ukuran yg tertentu: Baju batik yg ditempahnya dahulu sudah siap. 3 ki sengaja mencari (bahaya dsb): ~ maut. tempahan sesuatu yg ditempah. pe­­nem­pahan perbuatan atau hal menempah. penempah orang yg menempah; orang yg membuat tempahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempah
Kata Terbitan : menempah,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
splendid2. (colloq) excellent, a. (of novel, idea, etc) bagus sekali: that’s a ~ novel!, itu novel yg bagus sekali!; a ~ idea! Lets book the tickets today, idea yg bagus sekali! Mari kita tempah tiket hari ini; b. (of dinner etc) hebat; c. (of holiday etc) menyeronokkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas