Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pah] | تمڤه

Definisi : = wang ~ wang yg dibayar lebih dahulu (utk membeli barang, upah membuat sesuatu, dll), cengkeram: tiap-tiap pemesan dikehen­daki membayar ~nya; menempah 1. memesan dgn memberi wang tempah, membeli atau menyatakan tujuan hendak membeli (barang, pakaian, dll) dgn membayar cengkeram: wang telah habis ~ peguam; ~ bidan memesan bidan; 2. menyu­ruh membuat (pakaian dll) dgn ukuran yg tertentu: baju batik yg ditempah di kedainya banyak; 3. ki sengaja mencari (bahaya dll): orang itu sengaja ~ maut; menempahkan menempah utk seseorang; tempahan 1. sesuatu yg ditempah (pakaian, peti, dll), pesanan, lwn kodian: baju ~; kasut ~; 2. perihal menempah, pesanan: mereka telah membatalkan ~ tiket kapal mereka; penempahan perihal (perbuatan dsb) me­nem­pah, pemesanan (barang); penempah orang yg menempah (memesan) barang, orang yg membuat tempahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pah] | تمڤه

Definisi : , = wang ~ wang pendahuluan utk upah membuat pakaian dll; ceng­keram. menempah 1 memesan barang-barang dll dgn membayar wang tempah; membeli dgn membayar cengkeram: Wangnya telah habis kerana ~ perabot rumah. 2 menyuruh membuat pakaian dll dgn ukuran yg tertentu: Baju batik yg ditempahnya dahulu sudah siap. 3 ki sengaja mencari (bahaya dsb): ~ maut. tempahan sesuatu yg ditempah. pe­­nem­pahan perbuatan atau hal menempah. penempah orang yg menempah; orang yg membuat tempahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempah
Kata Terbitan : menempah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai untuk "overbooked"? Terlebih tempah? Tempah terlebih?Padanan istilah yang sesuai untuk "Overbook" ialah Tempah Berlebihan (penempahan bilik yang lebih banyak daripada jumlah bilik sedia sewa)Istilah19.10.2017
Saya ingin menempah semula Dewan Masyarakat. Saya pernah tempah 2 thn yg lepas. Apa perlu saya buat ? Soalan kedua ialah adakah apa majalah mengenai teknologi untuk remaja. Sila rekomen. TQ.Salam sejahtera, Untuk makluman buku/majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku wakil penjual ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 WhatsApp •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini https://dbpniaga.my// Majalah yang sesuai untuk teknologi remaja ialah Majalah Dewan KosmikLain-lain20.03.2020
Apakah terjemahan BM yang sesuai untuk frasa ‘Save the Date’ ? (digunakan untuk undangan majlis/ RSVP. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk "save the date" ialah tempah tarikh ini.Makna06.09.2021
Boleh saya tahu perkataan yang sesuai untuk 'Custom'? Contoh - Custom Size Shape. Merujuk kepada data kami terdapat banyak makna bagi perkataan "CUSTOM". Antaranya ialah adat, langganan, borong tempah dan lain-lain mengikut bidang istilah masing-masing yang besesuaian. Sila kemukakan cadangan terjemahan dan konsep penggunaan frasa tersebut. Puan, DBP telah menyediakan Enjin Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP untuk memudahkan puan mencari maklumat yang diperlukan.  PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya.Makna11.12.2018
Assalamuaikum..saya nak tanya.saya tengah mencari 2 novel dari Dewan Bahasa yang bertajuk musim sepi dan sutan baginda..dimana saya boleh mendapat buku tersebut kerana buku tersebut sudah lama. Boleh ke saya tempah dari Dewan Bahasa. bagaimana cara saya hendak memohon untuk dapatkan buku tersebutWaalaikumussalam,

Jika buku itu untuk dipinjam, boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu (Perpustakaan) DBP.  Tetapi sekiranya ingin membelinya saudara boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP di talian 03 21479636/9677/9680
Lain-lain20.08.2014
Pihak DBP Niaga telah menghantar buku lain daripada yang dipesan. Apabila menghubungi DBPNiaga untuk maklumkan hal ini melalui pesanan mesej, saya dimaklumkan buku yang pesan akan dikirimkan. Sudah berlalu buku yang dipesan itu masih belum diterima lagi. Peristiwa seumpama ini amat mengewakan saya sebagai pelanggan. Seharus semakan dibuat sebelum buku-buku dihantar kepada pelanggan. Kerana kecualian pegawai DBBNiaga, saya pula menanggung kelewatan dan kesulitan. Harap perkara seumpama ini tidak berlaku. Dalam dunia perniagaan hal seumpama tidak wajar berlaku dan hal ini juga menjejaskan nama baik Dewan.Kami mengambil maklum tentang aduan ini dan akan menambah baik perkhidmatan kami. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Untuk makluman tuan, stok buku yang tuan tempah baru diterima dan proses pengeposan buku tuan akan dilaksanakan segera.Lain-lain12.09.2023

Kembali ke atas