Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)


Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam Kedukaannienjadi ‘gerimis kedamaian’ yang kemudiannya mengalin ‘di taman mawar’ niilik Tuhan yang sekadar ditunipangi her- sama oleh seluruh insan. Puisi “Kalaulah Duka” yang judulnya mi diungkapkan sebagai gaya penggulungan pada tempat-tempat yang wajar telah menimbulkan kemantapan senta kepadatan penyampaian pernyataan penyainnya. Persoalan pendenitaan insan berpunca danipada kehilangan keadilan akibat ketidakjujuran hati dan kepalsuan hakti kuasa-kuasa besar seperti Amenika tenmasuk Pertubuhan D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=66&hits=b7b+b7c+1aaa+22db+22dc+27fa+299c+2a19+2a42+2a60+2ac8+2dac+2f56+2ff8+30a7+30cb+31ab+31b5+36aa+36bb+36be+459a+6109+6c09+6c8e+6d6b+6dfd+6dfe+6e01+6e22+6e48+6e52+70cb+73c6+79bc+7ef2+86ab+891c+8a3e+92a0+92a1+9799+98fc+9a43+9dd4+9e77+9e94+9ee9+a015+a0ce+a312+a6ed+a718+a71e+a950+a9b6+ab0d+ab7b+abf8+ac0d+adfd+ae0a+ae0b+b4e6+b6bd+c913+

Kembali ke atas