Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maaf, saya ingin bertanya tentang banyak tempat menarik atau banyak tempat-tempat menarik? Mohon penjelasan lanjut daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam, Jawapan yang betul ialah banyak tempat menarik Banyak merupakan kata sifat. Banyak bermaksud jumlah yang besar. Tempat-tempat merupakan kata adjektif ganda. Untuk keterangan lebih lanjut, saudari boleh rujuk Tatabahasa Dewan edisi ketiga di halaman 239. | Tatabahasa | 21.05.2020 |
Tuan/Puan, Saya Nurrisa, dari PNB ingin memohon pandangan dan nasihat Tuan/Puan tentang penggunaan bahasa di panel informasi di tempat-tempat pelancongan. PNB sedang membina menara ikonik Merdeka 118 dan bercadang untuk membina sebuah dek observasi bersama panel informasi yang menceritakan tentang pembangunan Merdeka 118, sejarah Malaysia, dan sebagainya. Oleh itu, memandangkan Merdeka 118 akan menjadi pusat pelancongan antarabangsa pada masa akan datang, bolehkah penggunaan Bahasa Inggeris lebih diutamakan di panel informasi dek observasi tersebut? Nasihat pihak Tuan/Puan amat kami hargai. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, apa-apa sahaja maklumat yang hendak disampaikan kepada khalayak, penggunaan bahasa Melayu hendaklah diutamakan melebihi bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa yang lain. | Lain-lain | 16.11.2020 |
Apakah istilah paling sesuai untuk perkataan 'ranking show'. Ranking show di sini merujuk kepada rancangan TV yang memberi ranking kepada tempat-tempat perlancongan misalnya. Jika tiada istilah tertentu, mohon berikan cadangan. Terima kasih. | Cadangan istilah yang sesuai ialah rancangan penarafan. | Istilah | 09.01.2017 |
Bagaimana dengan ayat 'Tujuan segelintir pelancong asing yang mengunjungi negara ini adalah untuk membeli-belah barangan kulit, kraf tangan selain melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah'? | Ayat yang dinyatakan betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 05.10.2013 |
Pusat membeli-belah atau pusat beli-belah? Tempat letak kereta atau tempat meletak kereta? Jadual tugasan harian atau jadual bertugas harian? Tempat membasuh tangan atau tempat basuh tangan? | Frasa yang betul ialah pusat beli-belah, tempat letak kereta, jadual tugasan harian dan tempat basuh tangan. | Lain-lain | 02.11.2015 |
Salam, ayat tanya berikut yang mana betul penggunaannya? (1)Apa nama tempat ini? (2)Nama tempat ini apa? (3)Nama apa tempat ini? Sekian, terima kasih. | 1. Apa nama tempat ini? 2. Nama tempat ini apa? 3. Nama apa tempat ini? Ketiga-tiga ayat di atas boleh digunakan, namun ayat yang paling gramatis ialah: Apakah nama tempat ini? | Tatabahasa | 17.03.2023 |
Tuan, merujuk(Kamus Dewan Edisi Keempat), definasi bagi tempat peranginan bermaksud beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk beristirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb). Di sini, saya ingin tahu, zoo adakah juga termasuk sebagai tempat peranginan? Minta pencerahan. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Pelajar, tempat peranginan bermaksud tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dan lain-lain). Secara tidak langsung zoo juga merupakan tempat untuk berehat, namun penggunaan yang lebih tepat ialah tempat pelancongan. | Tatabahasa | 04.09.2021 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "lockdown"? Konteks penggunaan ialah sebagaimana situasi COVID-19 sekarang, yang merujuk kepada suatu keadaan apabila orang awam dikehendaki untuk berada di kediaman masing-masing dan tidak keluar ke tempat-tempat awam. | Pihak kami mencadangkan padanan untuk perkataan "lockdown" ialah "sekat keluar masuk". Namun untuk keadaan semasa yang sedang dialami di negara kita sekarang, istilah yang diguna pakai ialah Perintah Kawalan Pergerakan, | Makna | 16.03.2020 |
tempat letak kereta awam atau tempat meletak kereta awam atau tempat meletakkan kereta awam ? terima kasih dan selamat berpuasa. | Tuan boleh menggunakan Tempat Letak Kereta Awam atau Medan Kereta Awam untuk papan tanda, namun sekiranya dalam ayat lengkap sila gunakan tempat meletakkan kereta awam. Contoh ayat: Tempat meletakkan kereta awam di pasar raya sentiasa penuh. | Tatabahasa | 04.07.2014 |
tempat bertugas atau tempat tugasan??yang mana yang betul?? tq | Tempat bertugas. | Istilah | 15.05.2013 |