Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)


Perkhidmatan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=41&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Pantau Tegur Bahasa - Dewan Bahasa dan Pustaka Trafik Feedjit Live Blog Stats PANTAU TEGUR BAHASA PENDAHULUAN Pantau tegur bahasa merupakan satu usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang melibatkan orang awam dalam pengembangan dan peningkatan kualiti bahasa di tempat awam. Usaha ini dikelolakan oleh Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, Jabatan Bahasa . Dalam program ini, DBP memberi galakan kepada orang ramai supaya peka terhadap sebarang teraan bahasa pada papan tanda di luar bangunan. Ganjaran mengikut jumlah pantauan akan diberikan kepada orang ramai yang terlibat sebagai pemantau. Dengan adanya ganjaran ini, pihak DBP berharap usaha untuk meningkatkan kualiti penggunaan bahasa di tempat awam akan menjadi kenyataan. KONSEP Pantau tegur bahasa bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada Highlighter.aspx?DocId=12&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=7&hits=22a+270+283+284+325+34e+34f+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-menulis skrip drama dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah yang menyebabkan drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina sesuatu situasi dan latar bagi sesuatu peristiwa yang berlaku melalui penerangan pengarang, manakala dalam sesebuah naskhah drama, seseorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum (deskripsi) tentang sesuatu situasi, latar atau tempat, dan dialoglah yang akan menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang. Hal inilah yang membezakan drama daripada karya sastera yang lain. Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog. Pemikiran atau gagasan Highlighter.aspx?DocId=20&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=14&hits=2c2+362+5b3+5c0+8ef+8fd+91e+94d+954+96a+9ca+b31+b88+b8f+
http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=107KANDUNGANrakan menerima hidangan bukannya sebagai hidangan). Ayat yang tepat ialah “Ibu menghidangi rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat.” 6. Orang Penan di pedalaman Sarawak suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat. Bolehkah dijelaskan apakah kesalahan ayat ini? Jawapan Kesalahan ayat di atas terletak pada kata berpindah-randah kerana kata berpindah-randah sudah pun mengandungi makna dari suatu tempat ke suatu tempat http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=107#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=22&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=8&hits=440+443+45e+461+465+468+477+47a+
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/iklan/nb_pengesahan_iklan.aspxSelamat Datang ke Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustakaakan menyemak dan mengesahkan iklan dalam masa 1 hari. Iklan yang telah disahkan akan diberikan nombor pengesahan dan boleh dijadikan bukti kepada PBT sebelum lesen diberikan untuk memaparkan iklan di tempat awam. Sistem ini turut boleh dicapai oleh PBT untuk memastikan status pengesahan iklan yang dimohon. Sistem ini menjadikan perkhidmatan yang diberikan oleh DBP lebih cepat, cekap dan cemerlang kepada masyarakat Highlighter.aspx?DocId=13&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=db+

Kembali ke atas