Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pa.tan] | تمڤتن

Definisi : yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua nama khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan atau layari laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. Betul seperti yang dimaklumi, setiap nama khas ditulis dengan huruf besar.Lain-lain02.02.2012
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua naga khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT.Lain-lain02.02.2012
Salam, Apa yang dimaksudkan dengan 'ultra vires'? Contoh yang boleh di ambil mengenai 'ultra vires' di Malaysia pada peringkat kerajaan tempatan iaitu pihak berkuasa tempatan ialah..... Terima Kasih.

Saudara Luqman,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksudnya ialah  melampaui atau di luar kuasa atau autoriti yg sah seseorang, sesebuah badan dsb: sebaliknya, jika pihak berkuasa bertindak secara melangkaui kekuasaan atau ~, maka pihak yg terjejas akan mendapat penghakiman yg sewajarnya. Untuk mendapatkan contoh atau keterangan lanjut dari segi penggunaannya dalam konteks kerajaan tempatan, saudara bolehlah menghububgi pihak berkuasa tempatan di tempat  saudara atau merujuk makalah undang-undang tentang perkara ini.   

Makna23.07.2009
APAKAH AYAT YANG SESUAI BAGI TERJEMAHAN 'SHAH ALAM VOLUNTARY LOCAL REVIEW 2021'. ADAKAH ULASAN SUKARELA TEMPATAN SHAH ALAM 2021 ATAU SHAH ALAM ULASAN SUKARELA TEMPATAN 2021Kami mencadangkan Shah Alam Voluntary Local Review 2021 diterjemahkan sebagai "Ulasan Sukarela Tempatan Shah Alam 2021" atau "Kajian Semula Sukarela Tempatan Shah Alam 2021". Namun, kedua-dua padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan14.01.2022
saya ingin bertanya berkaitan: 1) definisi bahasa penulis tempatan dan luar negara? 2) definisi melayu penulis tempatan dan luar negara? 3) jika saya menggunakan definisi bahasa oleh Edward Sapir 1921 adakah masih boleh digunakan ataupun definisi tersebut tidak diguna pakai lagi? 4) definisi bahasa melayu penulis tempatan dan luar negara?Jawapan kami merujuk Kamus Dewan, bahasa ialah  sistem lambang bunyi suara yg dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya); dan Melayu merujuk kepada nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia. Tuan boleh menggunakan takrifan yang diberi oleh mana-mana sarjana asalkan bersesuaian dengan konteks penggunaannya kerana sumber ilmu tidak terhad kepada sarjana tempatan sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain02.03.2012
Nama tempatan haiwan seperti penyu belimbing, dimulai dengan huruf besar atau kecil? Penyu Belimbing atau penyu belimbing?

Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khastak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

Perkataan penyu belimbing, penyu karah, penyu lumpur dan penyu pulau tergolong dalam kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil.

Lain-lain11.09.2017
1) Perkataan berganda contoh ( Buah-buahan Tempatan Malaysia ) atau ( Buah-Buahan Tempatan Malaysia ) - sama ada huruf b yang kedua itu ( b - huruf kecil atau B huruf besar) - sama juga seperti Penasihat Undang-Undang. huruf u yang kedua itu huruf besar atau huruf kecil. 2) Perkataan negeri. di tulis dengan huruf kecil atau besar. - Kalau Negeri Melaka. perkataan negeri itu di tulis dengan huruf besar. - kalau negeri sahaja tanpa diikuti dengan nama khas. Adakah ia juga ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955

1) Perkataan kedua dalam kata ganda ditulis dengan huruf kecil seperti contoh Buah-buahan Tempatan Malaysia, begitu juga dengan Penasihat Undang-undang.

2) Perkataan negeri ditulis dengan huruf kecil seperti negeri-negeri di Malaysia dan negeri Melaka kecuali nama yang telah diwartakan seperti Negeri-Negeri selat (kata gandanya hururf besar dan negeripun huruf besar).

Ejaan24.12.2011
Apakah perbezaan antara setempat dan tempatan?Setempat bermaksud mengenai satu tempat sahaja, manakala tempatan bermaksud yang berkaitan dengan tempat tetentu. Untuk melihat perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut, sila lihat penggunaannya di dalam ayat. Contohnya, hikayat ini tersiar di daerah yang sangat luas biarpun dalam bentuk yang berlainan dan disesuaikan dengan keadaan. dan kasut hitam itu buatan Gombak. Tatabahasa02.04.2014
Apa maksud "pentempatanan"?Maaf. Tidak terakam kata terbitan pentempatanan dalam data kamus DBP. Penggunaan kata ini masih kurang dan tidak jelas makna dan konsepnya. Ada kemungkinan kata terbitan ini membawa maksud proses atau perbuatan untuk menjadikan sesuatu atau seseorang bersifat tempatan (peN- + tempatan + -an).

Kamus Dewan Perdana
(DBP, 2020) ada merakamkan petempatan dengan makna 1. kawasan yang ditempati atau ditempatkan untuk sekumpulan orang, penduduk dan sebagainya dan 2. Geografi  tempat atau kawasan yang diduduki oleh individu atau sekumpulan orang yang mungkin terdiri daripada beberapa atau sekumpulan rumah kediaman.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini.
Makna20.02.2024
Melaporkan Kesalahan Ejaan Dalam Akhbar Tempatan Hal sedemikian rupa tidak sepatutnya berlaku di dalam akhbar tempatan kerana ini akan menimbulkan kekeliruan masyarakat terhadap sistem ejaan bahasa Melayu terutamanya generasi muda serta bolah mendorong Bahasa Melayu untuk dilupakan generasi kini. Sebagai contoh Keratan akhbar The Star bertarikh 29 Jun 2016 (Rabu) Kesalahan pada ejaan martabak. Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai 2016 (Isnin) Kesalahan pada ejaan viral yang dieja sebagai virak Saya berharap agar pihak tuan akan segera mengambil tindakan bagi memastikan perkara sedemikian rupa tidak berulang lagi.Undang-undang harulah segera dikuatkuasakan, tiada lagi istilah tidak tahu dalam masyarakat perihal sistem ejaan Bahasa Melayu. Kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “BAHASA JIWA BANGSA’’Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan atas keprihatinan terhadap bahasa Melayu.

Untuk makluman tuan/puan, pihak kami sentiasa melakukan pemantauan penggunaan bahasa Melayu di media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul diamalkan. Berkenaan dengan kesalahan tersebut, kami akan panjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih.
Lain-lain03.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas