Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pa.tan] | تمڤتن

Definisi : yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIUS TEMPATAN UMUM 
KERAJAAN TEMPATAN UMUM 
MAJLIS

Majlis, dalam kerajaan tempatan, ialah pihak

berkuasa tempatan yang dilantik di sesebuah

kawasan pentadbiran. Ia terdapat di banyak

negara, termasuk Australia, New Zealand, Afrika

Selatan, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

UMUM 
CHORLEYChorley (pend. 96 500) ialah daerah kerajaan
tempatan di Lancashire, England.
UMUMUmum
ANTRIM, KAUNTI

Antrim, Kaunti ialah salah sebuah daripada

enam buah kaunti Ireland Utara. Ia membentuk

sudut timur laut pulau Ireland. Antrim tidak lagi

menjadi kawasan pentadbiran apabila kerajaan

tempatan disusun semula pada tahun 1973. Walau

bagaimanapun, penduduk tempatan masih

menganggap Antrim penting dari segi sejarah.

Mengikut banci pada tahun 1971, kaunti lama

mempunyai 335 716 orang penduduk. Kerajaan

tidak lagi membanci penduduk yang tinggal di

sempadan kaunti lama.

UMUM 
KAWASAN FIFE

Kawasan Fife ialah kawasan kerajaan tempatan

yang terletak di pantai timur tengah Scotland di

antara Firth of Tay dengan Firth of Forth.

UMUM 
SCARBOROUGH

Scarborough (pend. 107 800) ialah daerah

kerajaan tempatan di Yorkshire Utara, England,

meliputi pelabuhan dan bandar peranginan

Scarborough dan Whitby. Daerah ini meliputi juga

sebahagian daripada Taman Negara North York

Moors.

UMUM 
SALISBURY

Salisbury (pend. 103 200) ialah daerah kerajaan

tempatan di Wiltshire, England. Bandar Salisbury

terletak di tengah-tengah daerah ini, di

persimpangan Sungai-sungai Avon, Bourne, dan

Nadder. Gereja Besar Salisbury yang indah terletak

di tebing Sungai Avon yang dibina pada tahun

1220. Puncak menaranya setinggi 123 meter ialah

menara tertinggi di England. Tembokan tanah

yang mengagumkan di Old Sarum terletak kira-kira

tiga kilometer di sebelah utara bandar. Old Sarum

ialah pusat ekonomi dan agama yang utama di

England sebelum penaklukan Rom. Kini, yang

masih tinggal di Old Sarum ialah sebuah benteng

besar dengan tebing pertahanan daripada tanah.

Tapak Stonehenge yang masyhur juga terletak di

daerah ini. Stonehenge merupakan struktur

prasejarah yang paling besar di barat Eropah.

Lihat juga Wiltshire.

UMUM 
SALFORD

Salford (pend. 217 900) ialah kawasan kerajaan

tempatan dan bandar pembuatan di Greater

Manchester, England. Salford terletak di sebelah

barat tengah Manchester dan di bahagian utara

Terusan Kapal Manchester. Bekas kawasan

limbungan, iaitu Salford Quays, kini merupakan

zon perusahaan yang membangunkan industri

baru. Kawasan ini meliputi bandar Eccles, Irlam,

Swinton, dan Worsley. Salford mempunyai

sebuah universiti yang diasaskan daripada institut

teknik pada tahun 1896.

UMUM 
OXFORD

Oxford (pend. 109 000 ) ialah sebuah daerah

kerajaan tempatan yang terletak di Oxfordshire,

England. Oxford mendapat namanya daripada

bandar Oxford, yang merupakan pusat

pentadbiran.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas