Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pa.tan] | تمڤتن

Definisi : yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
local planrancangan tempatan; pelan tempatanSosiologiTiada1. Rancangan tempatan: Rancangan pembangunan terperinci yang disediakan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan berdasarkan rancangan struktur yang telah disediakan mengikut peruntukan tertentu.
local storycerita tempatan; berita tempatanKomunikasiTiadaTiada
local storycerita tempatan; berita tempatanPerpustakaanTiadaTiada
local planrancangan tempatan; pelan tempatanEkonomiTiadaTiada
local authorityautoriti tempatanPentadbiranTiadaKuasa pemerintahan atau pengurusan di peringkat tempatan seperti kota, bandar atau daerah yang mempunyai autonomi yang tersendiri. Autoriti ini memberi kuasa kepada kerajaan tempatan untuk mengurus dan membangunkan kawasannya dengan menggubal peraturan tertentu. Autoriti tempatan juga boleh menjana pendapatannya sendiri melalui sumber cukai yang dikenakan kepada orang ramai. Kerajaan tempatan berkuasa menentukan kadar cukai pintu, bayaran letak kereta di bandar serta lesen peniaga kecil.
local authoritypihak berkuasa tempatanSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang berada di peringkat tempatan seperti kota, bandaran, daerah dan mukim yang memiliki bidang kuasa mengurus dan memelihara kepentingan tempatan seperti kebersihan bandar, pengurusan sampah, cukai pintu, perumahan dan kedai, tempat letak kereta, taman dan rekreasi, khidmat komuniti, urusan alam sekitar dan trafik. Bidang kuasa ini terlebih dahulu telah ditetapkan oleh dewan perundangan dan termaktub dalam perlembagaan. Bagi sebuah negara persekutuan, urusan kerajaan tempatan ini terletak di peringkat negeri. Contohnya, pengutipan cukai pintu berbeza kadarnya antara satu bandar dengan bandar lain bergantung kepada autoriti tempatan kawasan tersebut. Sinonim autoriti tempatan.
locally edited supplementsisipan suntingan tempatanKomunikasiKorporatBahan terbitan berita tempatan yang ditulis, disunting, dan disisip dalam terbitan media cetak pada peringkat nasional untuk tujuan edaran tempatan. Tujuan pengeluar atau penerbit adalah untuk mendapatkan penerimaan edaran yang meluas dalam kalangan khalayak tempatan. Selain itu, sisipan ini juga bertujuan untuk membantu menyediakan ruang penyebaran maklumat pemasaran untuk syarikat di sekitar kawasan liputan bagi meluaskan pengaruh citra sesebuah syarikat yang membeli ruang iklan.
ethopoeticsetnopuitikaKesusasteraanTiadaPerihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Puitika Sastera Melayu (2000). Menurut beliau, konsep puitika sastera Melayu harus digali daripada sumber tradisi lisan Melayu. Oleh itu, beliau menyarankan agar konsep teks, genre, pengarang, khalayak, dan keindahan dalam sastera Melayu harus bersumberkan tradisi lisan Melayu. Sarjana lain yang turut membicarakan konsep puitika Melayu ialah Mohd. Affandi Hassan, Hashim Awang dan V,I. Braginsky.
local developmentpembangunan tempatanPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha pembangunan yang dilakukan di peringkat tempatan seperti di kota, bandar dan daerah yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Pembangunan ini melibatkan pembinaan infrastruktur, penambahan ruang perniagaan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi, pembinaan institusi pendidikan, pemeliharaan keamanan yang berterusan bagi memastikan proses pembangunan berjalan lancar. Usaha pembangunan peringkat tempatan ini sering kali merujuk kepada pengurusan tempat perniagaan, kemudahan awam, projek perumahan dan pemeliharaan kebersihan di kawasan perumahan, perniagaan atau bandaran.

local planspelan tempatanUndang-undangTiadaPelan tempatan untuk sesuatu kawasan atau sebahagian kawasan itu yang disediakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan yang mengandungi butir-butir terperinci tentang cadangan pihak berkuasa itu untuk pembangunan dan kegunaan tanah di kawasan itu. Cadangan itu hendaklah selaras dengan pelan struktur secara amnya.
12345678910...

Kembali ke atas