Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempatnya

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ayam itik,
     raja pada tempatnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.

 

Lihat selanjutnya...(55)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TISU PENGHUBUNG

Tisu penghubung, menghubungkan organ

badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya,

dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain

jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel

dan banyak bahan antara sel (bahan di luar sel). Ahli

sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga

kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu

(1) tisu penghubung sempurna yang lembut,

(2) rawan yang teguh, dan (3) tulang yang keras.

Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung

sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu

penghubung, lihat rencana Ensiklopedia Dunia

tentang Rawan dan Tulang .

UMUM 
PERIUK API

Periuk api ialah alat letupan yang digunakan

dalam peperangan untuk membunuh tentera

musuh dan memusnahkan kapal laut, kereta kebal,

dan peralatan lain kepunyaan pihak musuh.

Sesetengah periuk api meletup apabila seseorang

terpijaknya. Ada juga yang meletup apabila

dilanggar oleh kereta kebal atau jip. Periuk api

direka bentuk agar meletup apabila dialihkan dari

tempatnya atau disentuh. Periuk api yang

diletakkan di dalam air boleh meletup akibat

daripada kesan yang ditinggalkan oleh laluan

kapal. Ia juga boleh meletup dengan menggunakan

alat kawalan jauh.

UMUM 
ANTIGUA

Antigua (pend. 15 801), yang dahulunya Antigua

Guatemala, ialah ibu negara Guatemala pada

zaman penjajahan. Ia diasaskan pada tahun 1543.

Bandar ini terletak di barat Guatemala City, ibu

negara Guatemala kini (lihat Guatemala [peta]).

Pada tahun 1773, gempa bumi telah memusnahkan

Antigua. Ibu negaranya dipindahkan ke tempatnya

kini pada tahun 1776. Puing-puing akibat gempa

bumi ini menjadi tarikan ramai pelancong.

UMUM 
SEMENANJUNG TANAH ARAB

Semenanjung Tanah Arab, gurun yang

gersang yang terletak di barat daya Asia.

Sebahagian besar daripada gurun ini ialah negara

Arab Saudi dan bahagian lain terdiri daripada

negara Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar

dan Kuwait serta sebuah pulau yang dikenali

sebagai Bahrain yang terletak berhampiran dengan

pantai timur semenanjung ini. Semenanjung Tanah

Arab amat luas dan sebahagian besarnya diliputi

oleh tanah gersang yang sesetengah tempatnya

amat jarang menerima hujan. Suhu di bahagian

tengah semenanjung ini mencapai 54 ° C pada

musim panas. Walau bagaimanapun, Semenanjung

Tanah Arab merupakan satu kawasan ekonomi

terpenting kerana ia mengandungi sumber minyak

yang terbesar di dunia.

UMUM 
SATO, EISAKU

Sato, Eisaku (1901–1975), berkhidmat sebagai

perdana menteri Jepun dari tahun 1964 hingga tahun

1972. Di bawah pimpinannya, Jepun menjadi kuasa

dunia selepas Perang Dunia II (1939–1945). Sebagai

perdana menteri, dia menyokong perjanjian Amerika

Syarikat–Jepun yang membolehkan Amerika Syarikat

membantu mempertahankan Jepun. Namun dia juga

mahukan Jepun lebih bertanggungjawab terhadap

pertahanannya. Masalah kesihatan memaksa Sato

meletakkan jawatan pada tahun 1972, dan tempatnya

digantikan oleh Kakuei Tanaka. Sato dan Sean

MacBride dari Ireland dianugerahi Hadiah Nobel

Keamanan pada tahun 1974. Sato memenangi

anugerah itu kerana usahanya mengehadkan

penyebaran senjata nuklear.

UMUM 
TENDON

Tendon , yang juga dikenali sebagai sinew, ialah

korda yang kuat, berwarna putih yang melekatkan

otot pada tulang. Otot menggerakkan tulang dengan

menarik tendon. Tendon adalah satu berkas banyak

serat yang liat. Sesetengah tendon berbentuk bulat,

yang lain berbentuk panjang atau leper. Satu hujung

tendon muncul daripada satu hujung otot. Hujung

satu lagi terjalin dalam bahan tulang. Tendon ini

boleh menggelongsor ke atas dan ke bawah di dalam

selaput tisu berserat, sebagaimana tangan bergerak

dalam lengan baju. Tendon dan selaput dikekalkan di

tempatnya oleh tisu penghubung yang dikenali

sebagai ligamen . Tendon yang terpotong boleh

dicantumkan semula (dijahit). Penyembuhannya

mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih.

Lihat juga Tangan; Tendon Achilles; Tubuh

manusia (gambar: Ligamen dan tendon).

UMUM 

Kembali ke atas