Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.pél] | تيمڤيل

Definisi : (témpél); gambar ~ gambar yg dapat di-lekatkan pd benda lain kalau dibasahi dgn air; bertempel 1. berdamping rapat (dgn), sangat karib dgn, sangat berdekatan: jangan ~ dgn dia; 2. melekat (pd), berlekat pd: gambar-gambar yg ~ di dinding sudah mulai kuning; bertempelan melekat di beberapa tempat: keping-keping daging masak jatuh ~ di atas lantai; menempel 1. melekat (pd), lekat (pd): poster pilihan raya kelihatan ~ di segenap tembok dan tiang telefon; 2. menampal se­suatu dgn: dindingnya dibubuh papan, ditem­pel dgn baldu yg kuning dan merah; menempeli 1. menempel pd, melekati: Kartini lantas menaruh pakaian di sisi dinding yg penuh ditempeli dgn bermacam-macam gambar; 2. bp menumpangi sese­orang; 3. merapati seseorang (dgn maksud men­cari keuntungan dll); menempelkan 1. melekatkan sesuatu pd: mereka ~ berita itu di pagar-pagar; 2. ki me­rapatkan (telinga utk mendengar dll), me-le­kapkan: dia ~ telinganya ke dinding dan mendengar kalau-kalau ada orang di situ; 3. ki tetap kekal (perasaan dlm hati), melekat, bersebati: kepercayaanku pd agamaku makin ~ terus dlm hatiku; 4. menumpang (duduk dll), menebeng: dia ~ di rumah saudaranya; 5. berapat-rapat dgn (dgn maksud mencari keuntungan dll), menyobat: beliau sekarang mencuba ~ kpd Presiden; 6. memberi wang suap, menyogok, menyuap; tempelan 1. tempat menempelkan sesuatu; 2. sesuatu yg ditempelkan (spt label dll): dinding ini sudah terkopek-kopek papannya, tetapi dibersihkan oleh ~ kertas kuning; 3. orang yg ditempeli (ditumpangi dll); 4. Id cukai pasar (dgn resit yg ditempelkan); 5. Id bunga dll yg disematkan di baju (sbg tanda turut menderma kpd badan amal dll); penempelan proses menempelkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.pél] | تيمڤيل

Definisi : /témpél/; bertempel 1 ber­damping rapat dgn; mempunyai hubungan yg karib dgn. 2 telah (sudah) dilekatkan: Gambar-gambar calon pilihan raya kelihatan ~ di dinding bangunan itu. menempel melekat: Jika tidak dibubuh gam, manakan dpt kertas itu ~. menempeli menempel pd; melekati: Sepanjang-panjang tembok itu ditempeli poster. menempelkan melekatkan se­suatu pd: Mereka ~ poster-poster itu pd dinding bangunan. tempelan 1 sesuatu (spt poster, label) yg ditempelkan. 2 tempat menempelkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempel
Kata Terbitan : bertempel, menempel,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya hendak tanya terjemahan untuk perkataan "SIGIL"(contohnya, "fire sigil". Terima kasihSalam sejahtera,

Dalam data sistem kami, tidak wujud istilah bahasa Inggeris "SIGIL". Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan segel yang bermaksud:
 
1. cap (sbg. tanda), tera, meterai; ~ tempel segel yang dilekatkan pada surat tanda pembayaran dll
2. kupon (untuk membeli barang-barang);
menyegel 1. mengecap (degan tera, meterai); 2. membubuh cap (pd. surat-surat penting dll.)

Sekian untuk makluman.

Makna28.11.2017
Apakah perbezaan di antara meteri dan meterai dan mohon contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. Terima kasih.
Menurut data kami tiada perkataan meteri manakala meterai merujuk kepada lambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada dokumen, sijil, dan sebgainya sebagai tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (untuk raja-raja), segel, tera; ~ tempel Id cap yg ditampalkan sebagai tanda penerimaan wang; ~ upah Id cap sbg tanda pembayaran (upah dan lain-lain); memeterai membubuh meterai pada (sesuatu), mengecap; termeterai 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~ dalam hati terasa dalam hati; pemeteraian proses memeterai: perun-dingan EAEC yang dianjurkan oleh Malaysia sebagai projek bersama dan ~ tiga dokumen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna24.10.2018

Kembali ke atas