Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. waktu, masa: sudah ~nya utk pulang; ada ~nya ada kalanya, kadang-kadang; makan ~ memerlukan masa yg banyak; sekali ~ a) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c) sekali sekala, ada ketika­nya; 2. pd masa, pd ketika, pd saat: ~ itu dia tidak ada di rumahnya; 3. kesempatan (utk berbuat sesuatu), peluang: jika ada ~ saya akan ke rumah saudara besok; 4. peng­unduran waktu, penundaan: mereka diberi ~ seminggu utk menyiapkan kerja itu; minta ~ a) minta tangguh; b) minta cuti; 5. batas waktu yg tertentu, janji (waktu yg dijanjikan): dia diberi ~ tiga bulan utk menjelaskan baki hutangnya; 6. jangka masa yg tertentu (berlakunya sesuatu): telur-telur itu menetas dlm ~ sepuluh hari; ~ dulu bp zaman dahulu, dahulukala; ~ hari a) bp baru-baru ini, beberapa hari yg lalu; b) bp pd ketika itu, dahulu; ~ lampau panas (Geog) tempoh cuaca yg luar biasa panasnya, yg berterusan agak lama; bertempoh dlm tempoh: kerajaan Jerman menghantar kata dua ~ 12 jam kpd Rusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. berhenti dr melakukan sesuatu (bekerja dll), tidak bekerja lagi; tidak ~ a) = tidak ~nya tidak berhenti-henti, sentiasa; b) tidak ~ lagi = dgn tidak ~ dgn serta-merta, dgn segera; 2. beristirahat, berehat, mengaso: bolehlah ~ sebentar, kalau letih; 3. tidak hadir bekerja (bersekolah dll), cuti: dia dapat ~ sehari; 4. = waktu ~ = hari ~ waktu (hari) cuti, kelepasan, libur: waktu ~ tahun baru ini mereka pulang ke kampung; 5. bercuti, berlibur, ber­pakansi: pergi ~ ke sebuah tempat peranginan di tepi laut; menempohkan menghentikan, memer­hati-kan, membenarkan (mengizinkan) beristirahat; tidak ~ tangan sentiasa bekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 masa atau waktu yg tertentu: Sudah sampai ~nya bagi mereka pulang ke tanah air mereka. 2 pd waktu; pd ketika: ~ kami tiba, dia tidak ada di rumahnya. 3 jangka waktu atau masa yg tertentu: Dia diberi ~ tiga bulan utk menghabiskan kerja itu. ~ hari beberapa hari yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 berhenti atau tidak bekerja utk sementara waktu: Tiada ~ ia bekerja. 2 berehat; beristirahat: Bolehlah ~ sebentar kalau letih. 3 tidak hadir bekerja, bersekolah dll; cuti kelepasan: Dia dpt ~ tiga hari. menempohkan menjadikan berhenti; memberhentikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: waktu, jangka masa, jangka waktu,

2. Bersinonim dengan penangguhan: penundaan, pengunduran waktu, peluang, kesempatan.,



NRE

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.nre.gov.my/Malay/PiagamPelanggan/Pages/default.aspx Piagam Pelanggan pengurusan sumber asli dan alam sekitar secara lestari, kami berjanji akan : 1. Menyediakan Memorandum dan Nota Jemaah Menteri mengenai dasar yang berkaitan dengan sumber asli dan pengurusan alam sekitar dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh YB Menteri; 2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun bagi setiap Majlis berikut: - Majlis Tanah Negara; - Majlis Sumber Air Negara; dan - Majlis Biodiversiti Negara. 3. Mengeluarkan surat keputusan permohonan permit eksport mineral dan bahan batuan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima; 4. Menyediakan maklumat geospatial yang sentiasa boleh dicapai melalui aplikasi carian maklumat geografi setiap 24 jam x 7 hari dengan system uptime Highlighter.aspx?DocId=111&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=4&hits=ad+d6+105+11e+
http://www.nre.gov.my/Malay/Hubungi-Kami/Pages/default.aspx Hubungi Kami teknikal semasa melayari laman portal NRE kepada webmaster@nre.gov.my . • Emelkan pertanyaan, aduan dan cadangan mengenai NRE kepada aduannre@nre.gov.my . • Kami akan memberi maklumbalas kepada anda dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. Telefon/Faks • Hubungi kami di talian +6 03 8886 1111 / Faks : +603 8889 2672 antara jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin - Jumaat), kecuali Highlighter.aspx?DocId=14&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=bb+
http://www.nre.gov.my/Blogucapannre/home.aspx Home - BlogUcapanNRE Kementerian yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri telah meningkat daripada 12,683 pada tahun 2009 kepada 14,700 pada tahun 2010, iaitu peningkatan sebanyak 15.9%. Bagi tempoh 1hb Januari 2011sehingga 22 Mei 2011, sejumlah 3,326 telah diterima termasuk 130 aduan yang diterima oleh NRE. 8. Kemerosoton kedudukan daya saing negara dan peningkatan bilangan aduan menunjukkan betapa dan berani membuat perubahan. “We do not need mere seat warmers, we need actual doers”. JPS perlu seiring dengan perubahan semasa dan norma kerja perlu mengikut kehendak semasa dan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi meningkatkan Delivery System JPS. Tambahan pula dengan kemudahan GIS (Geographical Information System) dan perkembangan dalam bidang teknologi khususnya ICT dan kemudahan perkhidmatan secara online. Dato’-Dato’, tuan Highlighter.aspx?DocId=68&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=5&hits=cdb+11e8+1846+292a+2b18+
http://www.nre.gov.my/Malay/Pages/Jabatan-Biokeselamatan.aspx Jabatan Biokeselamatan NORMA KERJA Jabatan Biokeselamatan komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam memastikan keberkesanan serta kecekapan pelaksanaan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut: • Semua pertanyaan/kemusykilan berhubung perkhidmatan jabatan akan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh pertanyaan dikemukakan; • Memproses permohonan kelulusan bagi apa-apa aktiviti pelepasan atau apa-apa pengimportan organisma diubah suai yang hidup dalam masa 180 hari; dan Highlighter.aspx?DocId=87&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=14a+

Kembali ke atas