Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. waktu, masa: sudah ~nya utk pulang; ada ~nya ada kalanya, kadang-kadang; makan ~ memerlukan masa yg banyak; sekali ~ a) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c) sekali sekala, ada ketika­nya; 2. pd masa, pd ketika, pd saat: ~ itu dia tidak ada di rumahnya; 3. kesempatan (utk berbuat sesuatu), peluang: jika ada ~ saya akan ke rumah saudara besok; 4. peng­unduran waktu, penundaan: mereka diberi ~ seminggu utk menyiapkan kerja itu; minta ~ a) minta tangguh; b) minta cuti; 5. batas waktu yg tertentu, janji (waktu yg dijanjikan): dia diberi ~ tiga bulan utk menjelaskan baki hutangnya; 6. jangka masa yg tertentu (berlakunya sesuatu): telur-telur itu menetas dlm ~ sepuluh hari; ~ dulu bp zaman dahulu, dahulukala; ~ hari a) bp baru-baru ini, beberapa hari yg lalu; b) bp pd ketika itu, dahulu; ~ lampau panas (Geog) tempoh cuaca yg luar biasa panasnya, yg berterusan agak lama; bertempoh dlm tempoh: kerajaan Jerman menghantar kata dua ~ 12 jam kpd Rusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. berhenti dr melakukan sesuatu (bekerja dll), tidak bekerja lagi; tidak ~ a) = tidak ~nya tidak berhenti-henti, sentiasa; b) tidak ~ lagi = dgn tidak ~ dgn serta-merta, dgn segera; 2. beristirahat, berehat, mengaso: bolehlah ~ sebentar, kalau letih; 3. tidak hadir bekerja (bersekolah dll), cuti: dia dapat ~ sehari; 4. = waktu ~ = hari ~ waktu (hari) cuti, kelepasan, libur: waktu ~ tahun baru ini mereka pulang ke kampung; 5. bercuti, berlibur, ber­pakansi: pergi ~ ke sebuah tempat peranginan di tepi laut; menempohkan menghentikan, memer­hati-kan, membenarkan (mengizinkan) beristirahat; tidak ~ tangan sentiasa bekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 masa atau waktu yg tertentu: Sudah sampai ~nya bagi mereka pulang ke tanah air mereka. 2 pd waktu; pd ketika: ~ kami tiba, dia tidak ada di rumahnya. 3 jangka waktu atau masa yg tertentu: Dia diberi ~ tiga bulan utk menghabiskan kerja itu. ~ hari beberapa hari yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 berhenti atau tidak bekerja utk sementara waktu: Tiada ~ ia bekerja. 2 berehat; beristirahat: Bolehlah ~ sebentar kalau letih. 3 tidak hadir bekerja, bersekolah dll; cuti kelepasan: Dia dpt ~ tiga hari. menempohkan menjadikan berhenti; memberhentikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: waktu, jangka masa, jangka waktu,

2. Bersinonim dengan penangguhan: penundaan, pengunduran waktu, peluang, kesempatan.,



Universiti Malaysia Sabah

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
https://www.ums.edu.my/v5/ms - UTAMAbermula dari dalam rahim ibu sehingga ke liang lahad. Ibu bapa dituntut melakukan amalan baik agar anak dalam kandungan mengikutinya kelak, manakala talkin... Hits:921 Baca lagi... Jangan gopoh singkat tempoh pengajian 13 Jun 2023 (Utusan Malaysia, 12 Jun 2023) ISU pemendekan tempoh pengajian dari empat ke tiga tahun adalah persoalan besar menunjukkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil cakna perkembangan semasa. KPT di bawah Menterinya,... Hits:1497 Baca lagi... Program Jom Baca Bersama Highlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndek%20UMS&HitCount=2&hits=41b+427+

Kembali ke atas