Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
selang masatime intervalTempoh masa antara dua peristiwa.Menengah Atas
selang masatime intervalTempoh masa antara dua peristiwa.Menengah Rendah
haridayUnit bagi tempoh masa bumi melengkapkan satu putaran pada paksinya, iaitu 24 jam.Menengah Atas
susut nilaidepreciationPenyusutan atau penurunan nilai sesuatu selepas tempoh masa yang tertentu.Menengah Atas
susut nilaidepreciationPengurangan atau penurunan nilai sesuatu selepas tempoh masa tertentu.Menengah Rendah
indeks hargaprice index"Ukuran statistik yang digunakan untuk membandingkan perbezaan harga berdasarkan tempoh masa tertentu sebagai asas. Formula bagi mengira indeks harga ialah: dengan I ialah indeks harga, P1 ialah harga tahun semasa dan P0 ialah harga tahun asas.Menengah Atas
p.m.p.m.Singkatan bagi post meridiem (post meridian), bermaksud selepas tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah hari hingga tengah malam.Menengah Rendah
a.m.a.m.Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian), bermaksud sebelum tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah malam hingga tengah hari.Menengah Rendah
nombor indeksindex numberNombor yang menunjukkan ukuran perubahan suatu kuantiti seperti harga barang, gaji, guna tenaga, dan anjakan pengeluaran pada suatu tempoh masa tertentu berbanding dengan nilainya pada waktu asas, 100.Menengah Atas
graf halaju-masavelocity-time graphGraf yang menunjukkan hubungan antara halaju sesuatu objek dalam tempoh masa yang tertentu. Kecerunan garis pada graf menunjukkan ukuran pecutan. Luas di bawah graf menunjukkan jarak yang dilalui oleh objek berkenaan. Lihat rajahMenengah Atas
12

Kembali ke atas