Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan.. saya ingin bertanya perkataan apa yang bersesuaian untuk menyatakan tempoh masa A ke satu tempoh masa B.. Adakah sela masa atau jarak tempoh masa.. Sekiranya terdapat perkataan lain mohon pandangan pihak tuan..Sekian terima kasih​Frasa yang betul ialah "sela masa" dan "tempoh masa". Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat yang sesuai.Lain-lain30.03.2023
Ayat manakah yang betul di antara "pelanjutan tempoh masa" atau "perlanjutan tempoh masa"?Ayat yang betul ialah pelanjutan tempoh masa.Tatabahasa09.08.2018
Penggunaan kata dari @ daripada untuk ayat berikut? Tempoh masa untuk permohonan telah dikurangkan daripada/dari 10 ke 7 hari bekerja.Penggunaan sendi nama yang betul ialah daripada dan kepada. Ayat tersebut menjadi Tempoh masa untuk permohonan telah dikurangkan daripada 10 kepada 7 hari bekerja.Tatabahasa24.02.2010
Bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan negara, maka penulis memberikan penekanan khas kepada tempoh masa daripada tahun 1957 hingga 2007. Soalannya: Betulkan penggunaan sendi nama 'daripada' di sini atau lebih baik menggunakan sendi nama 'dari'?Penggunaan sendi nama yang betul ialah "dari" bagi menerangkan tempoh masa, iaitu dari tahun 1957 hingga 2007.Tatabahasa29.08.2007
Bagaimana bahasa Melayu menulis tempoh masa. Contohnya: Isnin hingga Rabu, 2013 hingga 2015 dsb. Perkataan "hingga" boleh ditukar dengan tanda sempang. Sempang mana digunakan "-" atau "–". Bahasa Inggeris gunakan "–" untuk maksud "hingga". Bagaimana hendak menulisnya? Perlukah dijarakkan? Contoh: 2013-2015, 2013 – 2015 atau sebagainya?

Perkataan “hingga” boleh digantikan dengan tanda pisah "–" (bukannya tanda sempang). Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan dijarakkan. Contohnya: Jun – Oktober ; Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1977 – 1980.

Ejaan10.01.2015
apakah makna periods of timeTerjemahannya ialah tempoh masa.Makna15.10.2007
millenniumEjaan yang betul ialah milenium. Maknanya pula tempoh masa seribu tahun, alaf.Makna19.01.2010
pertanyaan saya bertarikh 9.8.2022 belum dijawab oleh pihak tuan dalam tempoh masa yang telah dijanjikan iaitu dua hari dari tarikh soalan diajukan.

Kami mencadangkan padanan berikut “Kehadiran pegawai tuan ke program ini adalah untuk berkongsi maklumat program bahasa yang telah dijalankan di organisasi tuan.” Mohon rujuk pada PRPM atau klik FAQ melalui laman web KNDBP untuk koleksi soalan KNB yang terdahulu sebagai panduan.

Lain-lain13.08.2022
BERTANYA TENTANG PENGGUNAAN WAKTU PETANG DAN TENGAHARI, BILA KAH MULA DIGUNAKAN? 1 PETANG ATAU 1 TENGAHARI.Tempoh masa yang digunakan adalah seperti yang berikut : 1.00 am-11.59 am = pagi;  12.00pm-1.59 pm = tengah hari;  2.00pm - 6.59 pm = petangLain-lain01.09.2008
Apakah perbezaan penggunaan antara "tempoh" "masa" "waktu" ?Kata tempoh, masa dan waktu berada dalam medan semantik yang sama. Terdapat perbezaan dalam penggunaan ketiga-tiga kata tersebut. Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk pecahan makna bagi ketiga-tiga kata ini dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Contoh penggunaan bagi kata dan pecahan makna tersebut juga dirakamkan di dalamnya.Makna12.10.2023
12345678910...

Kembali ke atas