Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MILENIUM

Milenium bermaksud sebarang tempoh selama

1000 tahun. Tetapi, istilah ini biasanya digunakan

untuk merujuk tempoh masa yang disebut dalam

buku Revelation (20:1–6), iaitu Kitab Perjanjian Baru

sebagai masa apabila kesucian menguasai seluruh

dunia.

UMUM 
KUARANTIN

Kuarantin ialah pengasingan orang, tempat atau

haiwan yang berkemungkinan membawa penyakit

berjangkit yang berbahaya. Tempoh kuarantin tertakluk

kepada tempoh masa yang diperlukan untuk

melindungi daripada penyakit tertentu.

UMUM 
HARI SURIA

Hari suria, tempoh masa yang diambil untuk menyaksikan matahari melintas garis meridian tempatan sekali lagi pada keesokan harinya.

FIZIKFenomena
SUKAN ISTHMIA

Sukan Isthmia. Orang Yunani purba mempunyai

empat perayaan negeri yang besar. Satu

daripadanya dikenali sebagai sukan Isthmia kerana

sukan ini diadakan di Isthmus of Corinth. Selepas

tahun 582 S.M., sukan ini biasanya diadakan pada

musim bunga tahun kedua dan keempat setiap

Olympiad (tempoh masa empat tahun antara sukan

Olimpik).

UMUM 
NOMBOR INDEKS

Nombor indeks ialah satu nisbah bagi ukuran yang diambil untuk satu tempoh masa tertentu.

MATEMATIKKonsep
SEWA BELI

Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara

hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa

beli selalunya menghendaki pembeli membayar

sebahagian daripada harga barangan pada masa ia

dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat

beberapa kali bayaran yang sama banyaknya

seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran

dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali

sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa

pembayarannya boleh dilanjutkan.

UMUM 
MU'AMALAT

Mu’amalat ialah apa sahaja yang berlaku di

kalangan manusia yang berkaitan dengan urusan

kewangan, jual beli, penarikan balik perjanjian

dan perkongsian syarikat. Jual beli ialah

pemindahan atau tukaran hak milik sesuatu

barangan seperti pakaian, rumah dan tanah

kepada orang lain atau orang kedua. Jual beli

mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah

memberi sewa. Penyewaan ialah menjual sesuatu

barang yang bermanfaat seperti rumah dan lain-lainnya

dalam suatu tempoh masa tertentu

dengan kadar bayaran yang tertentu. Riba pula

ialah menjual harta dengan harta yang sama jenis

dengannya mengikut kadar penambahan tertentu.

Ia termasuk dalam jual beli yang haram.

Pendermaan pula ialah pemindahan hak milik

barangan seperti hadiah dan pemberian sedekah.

UMUM 
ZAMAN PALEOLITIKZAMAN PALEOLITIK,  peringkat Zaman Batu yang terawal.  Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud Zaman Batu Lama. Secara umumnya, zaman ini merujuk kepada tahap manusia membuat dan menggunakan peralatan batu secara besar-besaran  (mungkin juga kayu) dalam kehidupan seharian mereka. Dari konsep geologi, Zaman Paleolitik bermula pada kala akhir Pliosen dan seterusnya memasuki dan berakhir di kala Pleistosen.  Dari konsep argeologi, Zaman Paleolitik mengambil tempoh masa yang panjang iaitu daripada manusia mula wujud hingga sekitar 10 000 tahun dahulu.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MENOPAUS

Menopaus ialah masa dalam kehidupan wanita

apabila tempoh haidnya terhenti. Kebanyakan

wanita mengalami tempoh haid yang terakhir

antara usia 45 tahun hingga 55 tahun. Tempoh haid

yang terakhir menandakan berakhirnya tempoh

melahirkan anak semula jadi pada wanita.

Menopaus sering dikenali sebagai perubahan

hidup.

UMUM 
PERTENGAHAN UMUR

Pertengahan umur merujuk kepada satu tempoh

dalam kehidupan manusia antara masa dewasa

dengan masa tua. Dalam masyarakat industri, tempoh

ini selalunya merangkumi dari umur 40 tahun hingga

65 tahun. Walau bagaimanapun, tiada sebarang

perubahan fizikal atau fungsi kelakuan yang ketara

semasa peringkat umur ini. Jarak pertengahan umur

antara masyarakat mungkin berbeza-beza.

Contohnya, di negara membangun, seseorang itu

dianggap tua apabila berumur 40 tahun.

UMUM 
12

Kembali ke atas