Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
racun sekejap Tbsejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari.Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kupas Ibperbuatan menamatkan tempoh berkabung untuk suami atau isteri yang kematian pasangan.Semasa upacara gawai dilangsungkan, semua orang yang balu akan dikupas atau ditamatkan masa balunya supaya mereka boleh mencari pasangan baru.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gumamas Kdmerumput sebelum menanam padi.Bagaimanapun, kegiatan berteka-teki sama sekali tidak dibenarkan untuk dilakukan dalam tempoh membersihkan rumput di sawah (gumamas). Mereka percaya bahawa jika mereka berteka-teki maka kerja membuang rumput akan memakan masa yang lama dan dari itu ia dielakkan.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas