Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bertemu 1. berjumpa (dgn), bersua (dgn), tersua: dia ~ dgn anak muda itu ketika menonton filem; 2. berhadapan muka (dgn), bersemuka (dgn): terlebih baik aku ~ dgn harimau drpd ~ dgn bapaku; 3. memperoleh (barang yg dicari dll), mendapat, menjumpai: ia mencari air tetapi tidak juga ~; 4. = ~ pd (di) ada di, terdapat di, kedapatan: tidak akan ~ air tawar di kawasan ini; 5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dgn sungai dll): maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan; kain panjang yg tidak berjahit ~; 6. cocok (perkataan dgn perbuatan dll), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dll), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai: akhirnya cita-citanya itu ~ juga; 7. mendapat bahaya dll, kena: dlm dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah; ~ dgn maut meninggal dunia, mati; ~ ketika Kl cukup semusim (sebulan, seminggu); ~ lutut a) duduk dgn merapatkan lutut; b) duduk rapat sekali (kerana ramai orang); ~ muka ber-hadapan muka, bersemuka; ~ waktu dr satu waktu hingga ke waktu yg sama pd hari yg lain (dlm sembahyang); menemu ark mendapat; tak ~ Jh tidak ber­jumpa; menemui 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, men­ziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), men-derita, merasai: perasaannya masih ter­lalu polos dan kurang mengerti akan ke­mung­kinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; menemukan 1. = menemui mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; 2. men-dapati atau menjumpai (sesuatu yg tersem-bunyi, belum diketahui lagi); 3. mencari sesuatu yg sesuai (cocok, padan): apa yg kita perlukan ialah ~ kata yg tepat yg sanggup menjelmakan emosi; mempertemukan 1. membawa (menjadi­kan) supaya bertemu, menyemukakan: biar-lah engkau tolong ~ saya dgn dia, supaya saya bermaafan dengannya; Tuhan yg Maha Pengasih akan ~ aku dgn ayah; 2. mem-perhadapkan; 3. memperhubungkan, merapat-kan: kedua-dua belah hujungnya diper-temukan; 4. menyatukan kembali; 5. = ~ jodoh mengahwinkan (memperisterikan, mem-persuamikan); pertemuan 1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkum­pul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkum­pulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkah­winan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan; penemuan 1. perihal menemui atau mene­mukan: pekebun sayur itu memberitahu polis mengenai ~ senjata api itu; 2. sesuatu yg didapati (ditemui): beliau telah membuat beberapa ~ dlm bidang kimia; penemu orang yg menemui (alat baru dll); ketemu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Pohon temu tumbuhnya rapat,
     Rapat lagi si pohon jati;
Kawan beribu mudah didapat,
     Sahabat setia payah dicari.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
interview<i>ni> 1. <i>formal discussioni> (<i>between applicant for a job, scholarship, etc and employer etci>) temu duga: <i>60 applicants turned up for the ~,i> 60 pemohon datang utk menghadiri temu duga itu; 2. <i>conversation between journalist and person whose views are sought,i> temu bual, temu ramah, wawancara; (<i>in published formi>) wawancara; (<i>press conferencei>) sidang akhbar: <i>The Vice-Chancellor said in an ~ that...,i> dlm temu bual itu, Naib Canselor berkata bahawa...; <i>the President invited the press to an ~,i> Presiden tersebut menjemput para wartawan menghadiri sidang akhbar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stand ~ so. up, tdk menepati janji temu: <i> this is the second time he has stood me up,i> ini kali kedua dia tdk menepati janji temu kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
squeeze ~ so. in, menyelitkan janji temu utk sso: <i> the doctor said that if she could wait, he would ~ her in some time during the morning,i> doktor mengatakan jika dia boleh menunggu, doktor akan menyelitkan janji temu untuknya pd sebelah pagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
break~ an appointment, a. (<i>by cancellingi>) mengatakan tdk dapat datang; (<i>fmli>) membatalkan janji temu: <i>he rang up to ~ his appointment,i> dia menelefon utk mengatakan dia tdk dapat datang; b. (<i>by not arriving<i>) tdk menepati janji temu; ~ the back of, (<i>fig.i>) a. (<i>resistancei>) mematahkan: <i>the attack broke the back of the enemy’s resistance,i> serangan itu mematahkan tentangan musuh; b. (<i>problemi>) memecahkan; c. (<i>a particular jobi>) mengatasi kerumitan: <i>if we start early, we might be able to ~ the back of digging the trenches before dusk,i> jika kita mula awal, kita mungkin dapat menyelesaikan kerja yg paling sukar dlm menggali kubu-kubu parit itu sebelum senja; ~ bread, makan bersama-sama; ~ the bank, a. <i>win all the money,<i> mengaut semua wang; b. (<i>colloqi>) <i>cost a very large sum of money,i> habis wang sso: <i>$2.00! Well, that certainly won’t ~ the bank!,i> $2.00!Kamus Inggeris-Melayu Dewan
talk show<i>ni> (US) rancangan temu bual.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tryst<i>ni> (<i>liter.i>) <i>meeting between lovers,i> janji temu antara kekasih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blind date<i>ni> 1. <i>(social engagement)i> janji temu dgn sso yg tdk sso kenal; go on a ~, keluar dgn sso yg tdk sso kenal; 2. <i>(person)i> teman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncomfortable3. <i>causing discomfort,i> tdk menyelesakan: <i>the interview was an ~ experience,i> temu duga itu satu pengalaman yg tdk menyelesakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shave~ off, mencukur: <i>he ~d off his beard for the interview,i> dia mencukur janggutnya utk temu duga itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pre-record<i>vti> (<i>usu pass.i>) merakamkan [sst] terdahulu: <i>this television interview was ~edi>, temu bual televisyen ini telah dirakamkan terdahulu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas