Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : temu ramah, wawancara, interviu; bertemu bual bertemu ramah, berwawan­cara; menemu bual menemu ramah, mewawan­cara, menginterviu: wartawan-wartawan sedang ~ Perdana Menteri; penemubual penemu ramah, pewawancara, penginterviu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pertemuan dgn seseorang utk bersoal jawab (spt antara pemberita dgn tokoh politik); temu ramah; wawancara. ber­temu bual bersoal jawab utk mendapatkan berita dsb (spt antara pemberita dgn tokoh politik); bertemu ramah; berwawancara. me­ne­mu bual menyoal sese­orang (spt tokoh politik) utk mendapatkan berita dsb; menemu ramah; mewawancara. penemu bual orang yg menemu bual; penemu ramah; pewawancara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interviewtemu bualPsikologiPsikologi UmumKaedah untuk mendapatkan maklumat seperti sejarah hidup individu, sifat personaliti dan kedudukan kesihatan mental terkini secara bersemuka. Terdapat dua jenis temu bual, iaitu berstruktur dan tidak berstruktur. Dalam temu bual tak berstruktur, perbualan lebih bersifat tidak formal dan topik perbualan lebih terbuka. Dalam temu bual berstruktur, maklumat diperoleh melalui soal selidik dan kaedah ini adalah lebih terfokus, teratur dan terancang. Temu bual boleh digunakan untuk mengenal pasti gangguan personaliti, pemilihan kerjaya, kemasukan ke IPTA, mengkaji kedinamikan personaliti, mendapat maklumat untuk proses kaunseling atau terapi. Selain mendapat maklumat, temu bual juga membolehkan penemu bual meneliti nada suara, gerakan badan, postur dan air muka yang boleh menyokong maklumat yang disampaikan oleh individu yang ditemu bual kerana kadangkala apa yang dikatakan oleh klien mungkin tidak benar kerana gerakan badan boleh memberi makna yang lain daripada sesuatu yang diperkatakan.
retrospective interviewstemu bual restrospektifPendidikanTiadaBentuk temu bual yang melibatkan pengkaji cuba berusaha agar responden mengimbas kembali pengalaman lepas.
structured interviewtemu bual berstrukturPendidikanTiadaSatu temu bual yang formal iaitu penyelidik menyoal mengikut soalan yang telah disusun.
informal interviewstemu bual tidak formalPendidikanTiadaTemu bual yang kurang berstruktur, tidak ada urutan khusus bagi soalan yang dikemukakan tetapi lebih kepada keharmonian dalam perbualan.
close response interviewtemu bual respons tertutupPendidikanTiadaTemu bual yang mempunyai jawapan yang boleh dipilih oleh responden.
semi-structured interviewstemu bual separa berstrukturPendidikanTiadaBentuk temu bual yang mengandungi gabungan soalan berstruktur dan soalan terbuka.
interview schedulesenarai soalan temu bualPendidikanTiadaSoalan yang tersedia untuk ditanyakan dalam temu bual.
interviewtemu duga; wawancara/temu bual/temu ramahKomunikasiTiadaTiada
interviewtemu duga; wawancara/temu bual/temu ramahLinguistikTiadaTiada
interviewtemu duga; wawancara/temu bual/temu ramahPentadbiranTiadaTiada
123456

Kembali ke atas