Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kaliJawapan yang betul ialah:
1. temu duga
2. soal selidik
3. masa kini
4. kadangkala
5. ubah suai
6. acap kali
Ejaan05.04.2013
1- Penambahbaikkan atau penambahbaikan ? yang mana betul ? Bagaimanakah kaedah penambahan dua K 2- Atur cara atau aturcara ? Temuduga atau temu duga ? 3- Mohd pergi digunakan atau di gunakan ?

1. Yang betul ialah Penambahbaikan kerana kata dasar tambah baik menerima awalan Pe..an menjadi penambahbaikan.

2. Ejaan yang betul ialah atur cara dan temu duga kerana atur dan cara boleh membawa makna tersendiri.  Begitu juga dengan temu dan duga.

3. Ayat tersebut tidak lengkap, tetapi ejaan yang betul ialah digunakan.

Tatabahasa21.07.2010
Assalamualaiukm DBP 1. Saya ingin bertanya, adakah terdapat sebarang kekosongan jawatan terkini di DBP? 2. Bilakah tarikh keputusan temuduga untuk jawatan tetap (Perancang Bahasa S41) iklan 3/2020 akan diumumkan kepada calon temu duga? Bagaiamana calon dapat tahu berjaya/gagal? Mohon respon Tuan, tk.

Salam sejahtera.

KEKOSONGAN JAWATAN DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa, pada masa ini Dewan Bahasa dan Pustaka belum ada kekosongan jawatan. Walau bagaimanapun, tuan bolehlah menyemak maklumat berkenaan iklan kekosongan jawatan ini melalui laman web DBP: http://lamanweb.dbp.gov.my/ dari semasa ke semasa.

Dimaklumkan juga bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan sama ada calon temu duga berjaya atau simpanan atau tidak berjaya, akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel tuan/puan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain04.06.2021
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih.1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit.
2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing.
3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga
4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan.
5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu.
Tatabahasa22.03.2012
ejaan yang betul untuk: 1. temuduga 2. lapordiriEjaan yang betul ialah temu duga dan lapor diri. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataanEjaan12.11.2013
Assalamualaikum. 1. Dalam Kamus Dewan perkataan REHAT dan RAHAT boleh digunakan. Tetapi kenapa tidak boleh digunakan untuk perkataan ISTIREHAT dan yang disarankan ialah ISTIRAHAT. 2.Perkataan ISI PADU dijarakkan dan kenapa ISIRUNG dieja rapat? 3. Bagaimanakah untuk mengenal sesuatu perkataan itu dieja rapat atau jarak bagi dua kata dasar. Contohnya LALU LINTAS, JURUAZAN,JURUDALAM, TEMU BUAL, TEMU DUGA dan sebagainya.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu.
Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.  Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat.
Tatabahasa08.07.2014
Salam Sejahtera, Saya dari syarikat QL Ansan poultry farm Sdn Bhd ingin bertanya tentang status iklan yang tidak lulus boleh jelaskan details masalah ini.. Terima Kasih..1. Pihak tuan/puan boleh masuk semula ke sistem KPBDBP http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk melihat ulasan daripada pegawai kami sekiranya tidak lulus.
2. Ikllan ini tidak lulus kerana:
a. PEMOHON DIPELAWA BAGI MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN
b. Tukar EPF kepada KWSP
c. Tukar Supervisor kepada PENYELIA
d. Tukar kepada LESEN E PENUH
e. Tukar kepada TEMU DUGA, E-MEL dan NO. TEL.
Lain-lain01.12.2015
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan NegaraKata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa26.03.2018
Minta jasa baik dari pihak tuan untuk menyemak (banner) kain rentang seperti yang di lampirkan. terima kasih.
Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun berjaya diaktifkan.

Pilih Daftar Permohonan > Daftar Iklan, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan) dan buat bayaran setelah permohonan iklan berjaya didaftarkan.

Bagi visual iklan yang dilampirkan, sila buat pembetulan seperti yang berikut:
1. RM2000 - RM2800
2. Termasuk Kerja Lebih Masa dan Insentif
3. HANTARKAN XXX MELALUI:
4. Setiap simbol & perlu dieja penuh, dan atau DAN
5. Jarakkan ejaan TEMU DUGA
6. CUTI TAHUNAN
7. ELAUN SYIF
8. SUBSIDI KANTIN

Walau bagaimanapun, pembetulan ini bergantung pada catatan pelanggan yang akan diberikan oleh petugas semakan iklan.
Lain-lain19.10.2021
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata nama khas yang tunggal dan kata nama khas yang majmuk? Kemukakan beberapa contoh bagi memudahkan pemahaman saya.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas dan kata nama dihuraikan seperti yang berikut:1">

1.     Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve. 1">

1"> 

2.    Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nama terbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak. 1">

1"> 

3.    Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.
1">

Tatabahasa02.01.2017

Kembali ke atas