Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tanya jawab antara pemberita dgn tokoh politik dll (utk mendapat berita dll), interviu, wawancara; bertemu ramah bertanya jawab antara pem­berita dgn tokoh politik dll (utk men­dapat berita dll), bertemu bual, berwawancara: para wartawan sedang ~ dgn pendaki-pendaki puncak gunung Kala Pattar; menemu ramah membuat (mengadakan, melakukan) temu ramah, menemu bual, me-wawancara, menginterviu: wartawan-wartawan sedang ~ Timbalan Perdana Menteri me-rangkap Menteri Dalam Negeri; penemu ramah orang yg menemu ramah, penemu bual, pewawancara, penginterviu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : soal jawab antara pem­berita surat khabar dgn se­seorang utk mendapatkan berita dll; wawancara; temu bual. ber­temu ramah bersoal jawab utk mendapatkan berita dsb; bertemu bual. menemu ramah menyoal utk mendapatkan berita dll; menemu bual. penemu ramah orang yg menemu ramah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam pihak kndbp, sy ingin bertanya mngenai frasa temu bual dan temu ramah. adakah kedua memberi maksud yang sama atay berbeza? sy ada terjumpa di mana kedua2 frasa tersebut digunakan dalam 2 situasi berbeza. temu bual utk tnya perihal masalh yg berlaku, manakala temu ramah pertanyaan mengenai hal peribAdi. cth; wartawan itu sedang menemu ramah pelajar cmerlang. wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut. sekian, terima kasih.Wa alaikumussalam.
Perkataan temu bual dan temu ramah mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam situasi yang sama.  Tidak ada penggunaan khas untuk situasi berbeza.  Maksud temu bual ialah temu ramah seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat:
"pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab (seperti antara pemberita dengan tokoh politik); temu ramah; wawancara. ber­temu bual bersoal jawab untuk mendapatkan berita dan sebagainya (seperti antara pemberita dsngan tokoh politik); bertemu ramah; berwawancara. me­ne­mu bual menyoal sese­orang (sepertt tokoh politik) untuk mendapatkan berita dan sebagainya; menemu ramah; mewawancara. penemu bual orang yang menemu bual; penemu ramah; pewawancara.
Istilah27.02.2017
Salam pihak DBP, sy ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan Temu bual dan temu ramah adakah perkataan ini digunakan untuk situasi yang berbeza, cth; temu bual untuk menanyakan situasi kepada saksi, manakala temu ramah untuk menanyakan peribadi org yang ditemu ramah Wartawan itu sedang menemu ramah pelajar terbaik itu mengenai resepi kejayaannya wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut terima kasihTemu bual sama maksudnya dengan temu ramahMakna14.03.2017
Apakah perbezaan antara temu bual, temu ramah dan wawancara? Terima kasih atas nasihat anda.Temu bual sama maksudnya dengan temu ramah dan wawancara, lihat temu+bual">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=temu+bual.Makna17.11.2014
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kaliEjaan yang betul ialah:
1. asal usul 
2. sosioekonomi 
3. temu ramah, menemu ramah 
4. temu bual
5. barangkali
Ejaan04.08.2014
Memohon kepastian susunan perkataan Menurut Kamus Dewan, ejaannya terpisah bagi perkataan `temu bual’, `temu ramah’ dan `temu duga’. Apakah untuk `temu janji’ boleh menggunakan formula yang sama ataupun sesetengahnya ditulis sebagai `janji temu’. Sebenarnya, gaya tulisan manakah yang betul dan apa alasannya jika digunakan juga `janji temu’ yang kedengaran janggal. Terima kasih.Selamat ptg:

Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb.

Sekain, terima kasih
Tatabahasa10.11.2016
adakah perkataan wawancara dan temuramah membawa maksud yang sama? dari segi penggunaan adakah wawancara hanya ekslusif untuk penemuramah yang berjumpa dengan orang kenamaan?

·         Kedua-dua perkataan, “temu ramah” dan “wawancara” sama maksudnya. Mengikut Kamus Dewan, “temu ramah” diberikan maksud ‘tanya jawab antara pemberita dengan tokoh politik dan lain-lain untuk mendapat berita dan lain-lain, wawancara.

·          “Wawancara” diberikan maksud soal jawab antara wartawan dengan orang yang terkemuka untuk mendapatkan keterangan, pandangan untuk disiarkan, temu ramah. Tidak ada peraturan yang menyatakan hanya “wawancara” untuk orang kenamaan. Dalam masyarakat kita, orang kenamaan dan tokoh politik boleh sahaja orang yang sama.

Istilah20.02.2014
Saya ingin bertanya sama ada perkataan menemu ramah ditulis seperti di atas atau menemuramah. Ini kerana apabila saya merujuk pada Kamus Dewan edisi keempat ia ditulis seperti menemu ramah. Manakala apabila saya ingin mendapat kepastian dan menggunakan khidmat nasihat DBP online, saya dapati ejaan tersebut dieja seperti menemuramah dan terkandung dalam Dewan Pelajar. Justeru itu, saya ingin mendapat kepastian berhubung perkara tersebut. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah menemu ramah. Perkataan temu ramah dieja sebagai dua perkataan dan apabila menerima imbuhan meN menjadi menemu ramah.Ejaan23.06.2008

Kembali ke atas