Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (ténang); menenang membidik, memitar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll): ~ bagai air dlm kuali; laut yg biasanya bergelora telah bertukar menjadi ~; 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan): ~ fikirannya; ia duduk dgn ~; setelah keadaan menjadi ~, mereka pun kembali ke kota; ~-lenang tenang sekali;bertenang, bertenang-tenang mengerja­kan sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa): dia harus ~ utk meng­hadapi peperiksaan; Aini yg sedang berte­nang-tenang itu tidak menghiraukan apa yg dikatakan oleh ibunya;menenangkan menjadikan tenang, menen­teramkan, meredakan: beliau mencuba ~ fikirannya; ~ fikiran (perasaan) a) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yg susah; b) mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur; ~ hati menenteramkan hati; ketenangan perihal tenang, keamanan, ketenteraman penenang (sesuatu) yg menenangkan: ubat ~ jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /ténang/; menenang me­mejamkan mata sebelah utk melihat sesuatu tepat-tepat; membidik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 tidak berkocak atau tidak berombak (ttg air, laut dll); teduh (ttg angin, ribut dll): Air yg ~ jangan disangka tiada buaya. 2 ki tidak berasa gelisah (runsing dsb); aman dan tenteram (ttg keadaan dlm negeri dll): Beliau telah menjawab segala soalan itu dgn ~. Setelah anaknya kembali dgn selamat, barulah ~ fikirannya. ~-lenang sangat tenang. bertenang berbuat sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru). menenangkan menjadikan atau menyebabkan tenang; me­nenteramkan; meredakan: Dia ber­­nyanyi-nyanyi utk ~ hatinya yg runsing. ketenangan keadaan atau hal tenang; ketenteraman; ke­amanan. penenang 1 se­suatu (ubat, kata-kata dsb) yg mene­nangkan. 2 orang yg menenangkan: Anak tunggalnyalah yg menjadi ~ hidup­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenang (adjektif)
1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora,
Berantonim dengan bergelora

2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem,
Berantonim dengan runsing gelabah

3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang,

Puisi
 

Tenang-tenang air laut,
     Sampan kolek mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Orang benci kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Air yang tenang,
     jangan disangka tiada berbuaya.

Bermaksud :

Orang yang diam jangan disangka pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
calmadj 1. still, not windy or stormy, tenang: ~ weather, keadaan cuaca yg tenang; the ~ sea, laut yg tenang; 2. quiet, peaceful, tenang, tenteram: a ~ atmosphere, suasana yg tenang; the town is ~ again after the rioting, bandar itu tenang kembali selepas rusuhan; 3. composed, unagitated, tenang: he was ~ during the entire proceedings, dia tenang sahaja sepanjang perbicaraan itu; to speak in a ~ voice, bercakap dgn suara yg tenang; keep ~, bertenang; remain ~, (terus) bertenang, tenang sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tranquiladj tenang, tenteram: the ~ waters of the lake, air tasik yg tenang; with a ~ smile on her face, she fell asleep, dgn senyum tenang pd wajahnya, dia tertidur; the ~ days of autumn, hari-hari tenang musim luruh; she remained ~ in the midst of uproar, dia tetap tenang di tengah-tengah keadaan hiruk-pikuk itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
peaceb.(euphem) tenang bersemadi: he’s now at ~ after those months of suffering, dia kini tenang bersemadi selepas berbulan-bulan menderita; at ~ with os, berasa /tenang, tenteram/: since that incident he has never been at ~ with himself, sejak kejadian itu dia tdk pernah berasa tenang; at ~ with the world, (berasa) tenang dgn kehidupannya: she felt at ~ with the world, dia berasa tenang dgn kehidupannya; give so. no ~, mengganggu sso: the children gave him no ~ until he agreed to take them to the circus, budak-budak itu terusKamus Inggeris-Melayu Dewan
still 1 4. calm and not flowing, tenang: the ~ waters of the lake, air yg tenang di tasik itu; 5. calm, tenang: a ~ mind, fikiran yg tenang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
even8. (of voice) steady and calm, tenang: when she spoke her voice was ~, apabila dia bercakap, suaranya tenang; 9. (of temperament etc) tenang: she has an ~ temper, dia tenang orangnya; 10. (of number) genap; 11. fifty-fifty, lima puluh-lima puluh: she stands an ~ chance of winning the title, peluangnya utk memenangi gelaran itu ialah lima puluh-lima puluh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
placid adj tenang; ( of animal ) kelesa, lembam: a woman with a ~ nature, seorang wanita yg tenang sifatnya; the ~ waters of the lake, air yg tenang di tasik; the cow is a ~ animal,lembu, binatang yg kelesa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
restfuladj 1. peaceful, tenang: a quiet ~ place, tempat yg sunyi dan tenang; a ~ holiday at home, percutian tenang di rumah; 2. producing a feeling of peace and tranquillity, menenangkan: colours that are ~ to the eye, warna-warna yg menenangkan mata; after a few days in the city, they sought more ~ surroundings, selepas beberapa hari di bandar raya, mereka mencari persekitaran yg lebih menenangkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sereneadj 1. tranquil, composed, tenang: floating on the ~ waters of the lake, terapung di atas air tasik yg tenang; a ~ moonlit night, malam terang bulan yg tenang; the Queen watched the procession with a ~ expression on her face, Raja Permaisuri menyaksikan perarakan itu dgn wajah yg tenang; 2. (in titles) see HIGHNESS.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
levellyadv (dgn) tenang: he looked ~ at the student for a while, dia memandang tenang pd pelajar itu buat seketika; despite her obvious nervousness, she answered the questions ~, meskipun ketara dia gementar, dia menjawab soalan-soalan itu dgn tenang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
levellyadv (dgn) tenang: he looked ~ at the student for a while, dia memandang tenang pd pelajar itu buat seketika; despite her obvious nervousness, she answered the questions ~, meskipun ketara dia gementar, dia menjawab soalan-soalan itu dgn tenang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas