Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tén.da] | تيندا

Definisi : (ténda) 1. kain mota utk membuat khemah di kapal (perahu dll), kain kanvas; 2. khemah, ceteri; 3. langit-langit (pd katil dll); 4. atap (kap) kereta (beca dll): tukang-tukang beca menurunkan ~ di depan becanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tenda


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
canopytendaKesenianSeni BinaUnsur binaan yang digunakan untuk melindungi manusia daripada hujan dan panas. Tenda lazimnya diperbuat daripada kain yang berfungsi sebagai binaan tambahan yang bersifat sementara. Unsur binaan ini mempunyai beberapa panggilan khusus bergantung pada peranannya. Lihat juga sengkuap, sudur.
canopysengkuapKesenianSeni BinaUnsur binaan yang diunjurkan daripada mukaan dinding sama ada di atas tingkap, pintu, langkan, laluan dan sebagainya untuk perlindungan daripada hujan dan panas. Unsur binaan ini mempunyai beberapa panggilan khusus bergantung pada peranannya. Sengkuap lebih merujuk kepada binaan kekal atau separa kekal yang dibina untuk menjadi sebahagian daripada unsur bangunan. Lihat juga tenda, sudur.
canopysudurKesenianSeni BinaUnsur binaan yang digunakan untuk memayungi manusia daripada hujan dan panas. Unsur binaan ini mempunyai beberapa nama khusus bergantung pada peranannya. Sudur lebih merujuk kepada rimbunan dahan dan daun pokok yang menutup sebahagian daripada bangunan atau menjulur keluar dari batangnya untuk menjadi ruang atau laluan di bawahnya teduh. Lihat juga sengkuap, tenda.

Kembali ke atas