Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.dang] | تندڠ

Definisi : sepak (dgn kaki), depak, terajang; ~ duyung keadaan apabila kedua-dua kaki serentak turun bengkok dan naik lurus semasa berenang dgn gaya kuak kupu-kupu; ~ pusaka Kl mati (ayam); ~ terajang menyepak dgn kedua-dua belah kaki; ~ tumit mendepakkan tumit; bertendang saling menerajang (mendepak): bertumbuk ~ spt anjing dgn kucing; menendang 1. menyepak, mendepak, mene-rajang: ditendangnya pintu rumah itu dgn sekuat-kuat hatinya; 2. bp mengusir (dr per-satuan dll), memecat (dr jawatan dll): mereka ditendang keluar kerana melanggar disiplin parti; 3. mendesak kuat-kuat, menolak-nolak: buah dadanya yg tegang ~ colinya; tendangan hasil perbuatan menendang, sepak-an (bola dll): dia tercampak ke sudut gelang-gang oleh suatu ~ kencang drpd Umbang; ~ bebas tendangan percuma; ~ penjuru tendangan dr sudut padang yg dibuat setelah bola disepak melepasi garisan selari dgn pintu gol pasukan lawan (bola sepak); ~ percuma tendangan yg diberikan kpd sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan (dlm bola sepak); penendang orang yg menendang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.dang] | تندڠ

Definisi : ; ~ cecah layang sepakan yg dibuat ketika bola yg sudah mencecah padang baru hendak melantun. ~ du­yung keadaan apa­bila kedua-dua kaki serentak dibengkokkan, kemudian di­lurus­­­kan, yg dilakukan semasa berenang dgn gaya kuak kupu-kupu. ~ layang sepakan yg dibuat ketika bola masih melayang dan hampir mencecah pa­dang. menendang 1 memukul dgn kaki; menyepak: Dia ~ bola itu ke pintu gol lawannya. 2 ki menyuruh berhenti drpd menjadi anggota sesuatu persatuan dll; memberhentikan drpd jawatan dll; memecat: Ahli jawatankuasa telah ~ beliau dr persatuan itu. tendangan hasil perbuatan menendang; se­pakan: ~nya tidak tepat. ~ bebas tendangan bola yg diberikan kpd pihak yg tidak bersalah, sbg hukuman kpd pihak yg bersalah. ~ penjuru tendangan bola dr sudut padang. ~ percuma tendangan yg diberikan kpd sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan (dlm bola sepak). penendang orang yg menendang (bola dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tendang
Kata Terbitan : menendang, tendangan,

Puisi
 

Ulam temu di kebun Pak Akob,
     Halia tumbuh dalam dulang;
Mula bertemu macam tak cukup,
     Bila dah jemu tendang terajang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin,
     kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut.

Bermaksud :

Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kicktendangLain-lain13.02.2009
apakah subjek dan predikat bagi ayat pasif berikut : Bola itu sudah saya tendang. adakah subjeknya bola itu predikat : sudah saya tendang atau subjek : saya predikat : sudah menendang bola itu?

Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Ayat aktif: Saya (Subjek) + {sudah menendang bola itu(objek)predikat}.

Ayat pasif: Bola itu(Subjek) + {sudah saya tendang (predikat)}.

Tatabahasa13.08.2014
Ayat ini "Saya tendang bola itu ke tengah padang" Apakah subjek dan predikat pada ayat ini?Subjek ialah perkara atau pelaku, manakala predikat ialah cerita atau huraian. Dalam ayat tersebut, "Saya" merupakan subjek manakala predikat pula ialah "tendang bola itu ke tengah padang".

Untuk maklumat dan penerangan yang lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 340-344.
Lain-lain11.02.2022
Ayat ini "Saya tendang bola itu ke tengah padang" ialah ayat songsang atau ayat susunan biasa?Contoh ayat yang diberikan merupakan ayat biasa, iaitu ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat.Tatabahasa11.02.2022
Ayat 2 Lori yang Ali pandu telah terbabas semasa pulang dari ladang kelapa sawit kerana dia mengantuk akibat keletihan. A. Lori yang dipandu Ali B. Lori yang telah dipandu oleh Ali C. Lori yang telah Ali pandu D. Lori yang Ali pandu Kebiasaan saya terangkan kepada pelajar : Ayat pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh manakalan pasif diri ketiga menggunakan perkataan di dan oleh. Cth : Saya tendang bola itu. Bola itu saya tendang Ali tendang bola itu. Bola itu ditendang oleh Ali. Adakah penggunaan perkataan telah dalam ayat di atas menyebabkan tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh1. Lori itu dipandu oleh Ali.
2. Lori itu telah terbabas.

Ayat yang betul ialah "Lori yang dipandu oleh Ali telah terbabas....

Ayat tersebut telah mengalami peluasan dengan kata hubung pancangan relatif "yang".
Tatabahasa17.07.2013
maksud pengkes / bentes ada tak perkataan ini dalam kamus dewan bahasa. mungkin ada yang sebut tendang atau ayat lainDalam Kamus Dewan terdapat perkataan pengkis bukan pengkes yang bermaksud membentak, menengking. Kata bentes pula bermaksud sepak-menyepak dengan tulang betis(suatu permainan). Makna21.03.2008
adakah terjemahan "Mesyuarat Permulaan" sesuai digunakan untuk 'kick-off meeting' bagi menyuarat kali pertama atau mesyuarat permulaan bagi sesuatu projek?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud kick-off ialah tendang mula atau permulaan perlawanan dalam bidang sukan. Walaubagaimanapun cadangan terjemahan yang sesuai bagi kick-off meeting ialah mesyuarat permulaan.Makna09.01.2020
Pengaca sukan Hj Hasbullah selalu menggunakan perkataan "menembak bola" dihadapan pintu gol. Setahu saya menembak melibatkan senjata api, memang betul bahasa inggeris mengatakan " the ball is shoot" atau " shoot the ball", dalam B. Melayu banyak perkataan tendang, sepak, teranjang, badik tetapai tidak ada perkataan "tembak bola". Betulkah apa yang saya kata ni.Penggunaan kata tembak tersebut memang salah. Ungkapan yang betul ialah menjasringkan bola.Tatabahasa19.12.2007
Penggunaan kata sendi 'oleh' boleh kah diikuti dengan kata ganti nama diri yang pertama? Contohnya: Bola itu ditendang oleh saya.
Menurut data kami, kata sendi nama "oleh' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama (mengandungi kata ganti nama diri ketiga) yang menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk-bentuk seperti contoh yang berikut: Kuih itu dibeli olehnya, Buku Pelita Bahasa Melayu terkarang oleh Za'ba dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah bola itu saya tendang.
Tatabahasa05.09.2018
1. Saya ingin mengetahui sama ada wujud terjemahan bagi teknik dan istilah dalam bidang sukan yang berkaitan dengan seni beladiri. Contohnya: knife-hand block, break-falls, back kick, side thrust-kick, rear-choke hold, palm-heel strike dan beberapa istilah lain. Adakah saya perlu mengekalkan istilah tersebut atau menukarnya mengikut kesesuaian? 2. Apakah terjemahan yang paling tepat untuk frasa 'Martial Arts for People with Disabilities'? Adakah' Seni Mempertahankan diri bagi golongan hilang upaya' atau 'Seni beladiri bagi golongan hilang upaya'? Terima kasih1. Cadangan bagi istilah yang berkenaan ialah "back kick - tendang balas". Namun begitu, bagi istilah lain yang dinyatakan, Saudara boleh mengeja secara garis miring.
2. Cadangan terjemahan bagi 'Martial Arts for People with Disabilities' ialah ? "Seni Mempertahankan Diri bagi Orang Kurang Upaya".
Penyemakan dan penterjemahan30.10.2015
12

Kembali ke atas