Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.dang] | تندڠ

Definisi : sepak (dgn kaki), depak, terajang; ~ duyung keadaan apabila kedua-dua kaki serentak turun bengkok dan naik lurus semasa berenang dgn gaya kuak kupu-kupu; ~ pusaka Kl mati (ayam); ~ terajang menyepak dgn kedua-dua belah kaki; ~ tumit mendepakkan tumit; bertendang saling menerajang (mendepak): bertumbuk ~ spt anjing dgn kucing; menendang 1. menyepak, mendepak, mene-rajang: ditendangnya pintu rumah itu dgn sekuat-kuat hatinya; 2. bp mengusir (dr per-satuan dll), memecat (dr jawatan dll): mereka ditendang keluar kerana melanggar disiplin parti; 3. mendesak kuat-kuat, menolak-nolak: buah dadanya yg tegang ~ colinya; tendangan hasil perbuatan menendang, sepak-an (bola dll): dia tercampak ke sudut gelang-gang oleh suatu ~ kencang drpd Umbang; ~ bebas tendangan percuma; ~ penjuru tendangan dr sudut padang yg dibuat setelah bola disepak melepasi garisan selari dgn pintu gol pasukan lawan (bola sepak); ~ percuma tendangan yg diberikan kpd sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan (dlm bola sepak); penendang orang yg menendang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.dang] | تندڠ

Definisi : ; ~ cecah layang sepakan yg dibuat ketika bola yg sudah mencecah padang baru hendak melantun. ~ du­yung keadaan apa­bila kedua-dua kaki serentak dibengkokkan, kemudian di­lurus­­­kan, yg dilakukan semasa berenang dgn gaya kuak kupu-kupu. ~ layang sepakan yg dibuat ketika bola masih melayang dan hampir mencecah pa­dang. menendang 1 memukul dgn kaki; menyepak: Dia ~ bola itu ke pintu gol lawannya. 2 ki menyuruh berhenti drpd menjadi anggota sesuatu persatuan dll; memberhentikan drpd jawatan dll; memecat: Ahli jawatankuasa telah ~ beliau dr persatuan itu. tendangan hasil perbuatan menendang; se­pakan: ~nya tidak tepat. ~ bebas tendangan bola yg diberikan kpd pihak yg tidak bersalah, sbg hukuman kpd pihak yg bersalah. ~ penjuru tendangan bola dr sudut padang. ~ percuma tendangan yg diberikan kpd sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan (dlm bola sepak). penendang orang yg menendang (bola dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tendang
Kata Terbitan : menendang, tendangan,

Puisi
 

Ulam temu di kebun Pak Akob,
     Halia tumbuh dalam dulang;
Mula bertemu macam tak cukup,
     Bila dah jemu tendang terajang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin,
     kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut.

Bermaksud :

Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kick boardpapan tendangSukanTiadaPapan latihan untuk tendangan kaki, seperti tendang katak, tendang duyung dan sebagainya.
kick offtendang mula; tendang terpaSukanTiada2. Perbuatan menendang tembok ketika melakukan kuang dalam pusingan.
scissors kicktendang guntingSukanTiadaKeadaan apabila kaki melakukan tendang gaya dada. Semasa badan mengiring, sebelah tangan menguak manakala sebelah lagi lurus atau mendakap dada. Biasanya tendang gunting ini digunakan ketika menunda mangsa.
penalty goalgol penaltiSukanTiadaGol yang diperoleh menerusi satu tendangan penalti yang dibuat dengan cara tendang letak atau tendang lantun, dan menepati sasaran gol pasukan lawan. Gol penalti membawa tiga mata.
kick offtendang mulaSukanTiada1. Tendangan yang dilakukan di garisan tengah padang untuk memulakan permainan. Terdapat dua jenis tendangan mula, iaitu tendang letak pada separuh masa pertama dan separuh masa kedua, dan tendang lantun selepas trai, gol lantun, dan gol penalti.
whip kicktendang sebatSukanTiadaTendang gaya dada yang berkesan. Lutut dan tumit bertemu. Kaki dibengkokkan dan ditendang ke arah luar. Ini mengurangkan rintangan dan membolehkan pergerakan pantas. Sinonim : breaststroke kick dan frog kick
wedge kicktendang wejSukanTiadaTendang gaya dada yang kurang berkesan. Posisi tapak kaki terkangkang luas mengakibatkan rintangan yang banyak dan menghalang kepantasan tendangan. Sinonim : breaststroke kick dan frog kick
breast stroke kicktendang gaya dadaSukanTiada1. Tendang gaya dada yang berkesan. Lutut dan tumit bertemu. Kaki dibengkokkan dan ditendang ke arah luar. Ini mengurangkan rintangan dan membolehkan pergerakan pantas. Sinonim: whip kick.
goalmatlamatSukanTiada1. Gol: Pasukan yang berjaya memperoleh tambahan dua 2. mata dengan menendang bola ke gol, menepati sasaran di atas palang dan di antara dua tiang gol, dengan cara tendang letak atau tendang lantun, selepas membuat trai. Jumlah mata untuk gol iaitu tujuh 7..
groundertendang leretPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas