Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
medianmedianNilai atau nombor yang berada di tengah-tengah sesuatu set data. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohSekolah Rendah
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.) dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:20 p.m.Menengah Atas
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam, bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.), dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:50 p.m. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
haridayTempoh selama 24 jam, dari tengah malam hingga tengah malam hari yang berikutnya. 1 hari = 24 jam.Sekolah Rendah
sistem 24 jamtwenty-four hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 24 jam bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari yang berikutnya. Sistem ini dinyatakan dalam empat digit. Contohnya, 1. Jam 1330 bermaksud 1:30 p.m. 2. Jam 0930 bermaksud 9:30 a.m.Menengah Atas
sistem 24 jamtwenty-four hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 24 jam bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari yang berikutnya. Contohnya, jam 1330. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
piramid tegakright pyramidPiramid yang puncaknya tegak di atas bahagian tengah tapaknya. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajahMenengah Atas
diameterdiameterGaris lurus yang melalui titik tengah bulatan sehingga menyentuh kedua-dua belah bahagian bulatan. Diameter dikenali juga sebagai garis pusat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohSekolah Rendah
poligon kekerapanfrequency polygonGraf yang menyambungkan titik tengah setiap kelas. Poligon kekerapan ditutup dengan menambah satu kelas dengan kekerapan 0 sebelum kelas pertama dan selepas kelas terakhir. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajahMenengah Atas

Kembali ke atas