Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Perkataan Quran jika di tengah-tengah ayat dieja dengan huruf besar atau kecil? 2. Masa bila perlu guna perkataan Quran dan al-Quran di tengah-tengah ayat?Apakah kedua-duanya tepat digunakan.

Ejaan yang betul dalam ayat ialah al-Quran iaitu huruf besar di tengah, manakala Quran (adalah bahasa percakapan). Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari. 

Boleh digunakan sama ada di tengah-tengah ayat iaitu al-Quran, manakala di awal ayat ialah Al-Quran

Ejaan10.06.2017
definasi 'sekuriti', definasi 'keselamatan', definasi 'pusat' dan definasi 'membeli' yang lengkapsekuriti bermaksud 1. sijil saham,bon dsb. bagi membolehkan pemegangnya berhak mendapat bayaran faedah dan dividen 2. keselamatan bermaksud perihal selamat,kesejahteraan, keamanan 3. pusat bermaksud 1. lekuk di tengah-tengah perut2. titik di tengah-tengah sekali3.kawasan yang terletak di tengah-tengah benar 4. membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.07.2008
A. saya ingin bertanya tentang kesesuain penggunaan nama singkatan bagi masa-masa berikut: ( contoh tengah malam=tghmlm/tmlm) 1. Pagi 2. Petang 3. Malam 4. Tengah Malam 5. Tengah Hari B. penggunaan huruf besar ( utk nama penuh & singkatan) misalanya: 1. Tengah Hari / Tengah hari 2. Tengah Hari = TgHari/THari1. Pg. 2. Ptg. 3. Mlm. 4. Tgh Mlm. 5. Tgh. Ejaan28.01.2015
kata majmuk tengah hari dieja terpisah untuk "waktu tengah hari". Bagaimana penulisan tengah hari untuk "pukul 12.00 tengah hari" Adakah dieja terpisah (tengah hari) atau 1 perkataan (tengahari)Tengah hari dieja terpisah. Oleh itu, cara penulisan yang betul ialah '12.00 tengah hari' dan 'waktu tengah hari'. Ejaan20.10.2011
Salam/ selamat sejahtera, Pertanyaan saya, adakah terma-terma perundangan/ kehakiman seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim perlu ditulis huruf besar walaupun di tengah-tengah ayat. Contoh: 1) Amber memohon kepada Mahkamah (mahkamah) di Virginia untuk mengetepikan saman itu. 2) Oleh yang demikian, Hakim (hakim) berpendapat terbukti Amber dipukul. 3) Apabila saksi Plaintif (plaintif) terpaku begitu. 4) Peguam Defendan (defendan) tiada bantahan. Terima kasih.Perkataan-perkataan dalam terma perundangan seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim merupakan kata nama am dan ditulis dalam huruf kecil di tengah-tengah ayat. Namun penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana.Ejaan30.05.2023
salam sejahtera tuan, saya keliru dengan penggunaan tengah hari dan petang untuk jam 1. Mana satu yang tepat : 1 tengah hari atau 1 petang. terima kasihPukul 12.00 - 1.59 ialah waktu tengah hari, oleh itu jawaban yang betul ialah pukul 1.00 tengah hari.Tatabahasa25.07.2009
Salam sejahtera, 1.Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda 'Berhenti' di tengah-tengah jalan raya.(Apakah tanda baca yang perlu dibubuh pada perkataan 'Berhenti'?) 2.Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas.(Perlukan perkataan aktiviti itu membawa maksud jamak?) 3.Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim / mengeratkan hubungan silaturahim.(Perlu ditulis hubungan di depan silaturahim?) 4.me.ngo.rek (adakah pemenggalan suku kata ejaan betul dan apakah pemenggalan sebutan bagi perkataan mengorek?) Terima kasih1. Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda "Berhenti" di tengah-tengah jalan raya.

2. Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti/aktviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas. Perkataan aktiviti boleh membawa maksud jamak berdasarkan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun penggunaan aktiviti-aktiviti juga boleh dibenarkan asalkan tidak didahului oleh penanda jamak seperti pelbagai aktiviti dan penggunaan ini (tunggal atau jamak) hendaklah konsisten dalam keseluruhan wacana.

3. Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim.

4. Pemenggalan yang betul ialah "me.ngo.rek".
Tatabahasa27.05.2022
Bagaimanakah kita hendak menentukan perbezaan penggunaan tengah hari dengan petang, dan petang dengan malam? Contoh : 1 tengah hari atau 1 petang? 7 petang atau 7 malam?

Pemenggalan masa adalah seperti yang berikut:

1.00 a.m. - 11.59 a.m. - pagi

12.00 p.m. - 1.59 p.m. - tengah hari

2.00 p.m. - 6.59 p.m. - petang

7.00 p.m. - 11.59 p.m. - malam

12.00 a.m. - 12.59 - tengah malam

Tatabahasa28.04.2010
Benarkah, frasa "oleh sebab" tidak boleh berada di tengah-tengah ayat (dianggap tidak gramatis)? TK1. Oleh sebab demam ayah tidak hadir ke pejabat.
2. Ayah tidak hadir ke pejabat oleh sebab demam.
3. Ayah tidak hadir ke pejabat kerana demam.

Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul dan frasa "oleh sebab" boleh hadir pada pertengahan ayat. Walau bagaimanapun, dalam bentuk ayat tersebut ("oleh sebab" pada pertengahan ayat), ayat ketiga lebih kerap ditemukan.
Tatabahasa08.10.2023
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya penggunaan yang betul sama ada : pukul 1 tengah hari @ pukul 1 petangPenggunaan yang betul ialah 1.00 tengah hari.Lain-lain05.08.2020
12345678910...

Kembali ke atas