apakah makna perkataan 'tenggiling' yang digunakan dalam aktiviti pertanian (sawah padi) tradisional? | Dalam data kami, hanya terdapat perkataan tenggiling iaitu sejenis binatang yang bersisik dan yang panjang muncungnya untuk memakan semut dan anai-anai, Manis javanica. | Tatabahasa | 13.09.2013 |
Menurut sumber 'Sumber: Scott, C. P. G. (1896). The Malayan Words in English. Journal of the American Oriental Society' orang Melayu sudah lama membezakan anteater (myrmophaga) dengan pangolin menggunakan istilah penggoling rambut (anteater) dan panggoling sisik, dikatakan istilah tenggiling tepat. Maka, saya cadangkan DBP untuk semak semula padanan anteater yang masih dipadankan dengan tenggiling dan menukarnya ke tenggiling rambut atau pengguling rambut. | Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk tindakan selanjutnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.02.2019 |
Slm, suku kata untuk perkataan berikut: a)ungu b)tenggiling c)rambutan d)durian e)longan Terima kasih. | Suku kata bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: a)ungu - u..ngu b)tenggiling - teng..gi..ling c)rambutan - ram..bu..tan d)durian - du..rian e)longan - lo..ngan | Lain-lain | 02.11.2010 |
apakah makna gundi? Contoh ayat: Tenggiling itu disimpan di dalam gundi dan disorok di dalam keretanya. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, gundi ialah sejenis buah; kembal gundi (Perak) kembal yang berbentuk buah dan dihiasi dengan kertas berwarna. Daripada contoh ayat yang diberikan, perkataan gundi tidak tepat digunakan. Perkataan yang hampir dan sesuai digunakan dengan konteks ayat ialah guni. | Makna | 08.07.2013 |
Mohon pihak DBP membezakan istilah 'anteater' dan 'pangolin' dalam pangkalan data. Kedua-duanya diberi padanan tenggiling walhal haiwan berbeza. Ini penting. Minta sangat diperbetulkan dengan segara supaya dapat menghindari kesilapan dalam bidang biologi. | Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul. Pihak kami akan memaklumkan perkara tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk tindakan selanjutnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.02.2019 |