Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.ka.ras] | تڠکارس

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg menghasil­kan kayu gaharu), karas, kekaras, kayu gaharu, Aquilaria malaccensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.ka.ras] | تڠکارس

Definisi : nama sj pokok (yg meng­hasilkan kayu gaharu), Aquilaria ma­laccensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tengkaras


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resinresinKesenianHiasan DalamanBahan lekit berwarna kuning atau coklat daripada pokok tertentu, seperti tengkaras(gaharu), resak, pain dan fir dan digunakan untuk membuat varnis, damar dan sebagainya.
karaskarasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Aquilaria spp. daripada famili Thymelaeaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kakaras dan tengkaras bagi kayu sihat, dan aloe dan eagle bagi kayu berpenyakit. Gubal kayu dan teras kayu karas sukar dibezakan, dan biasanya berwarna putih kekuningan. Tekstur kayunya halus tetapi tidak sekata, akibat kehadiran floem terkandung, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 335 hingga 500 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu karas mudah diproses, tetapi tidak tahan dan mudah diserang kulat pewarna gubal. Kadangkala kayu ini menghasilkan kayu berpenyakit, yang mengandungi damar dan mengeluarkan bau harum. Kayu karas yang berpenyakit ini juga disebut kayu gaharu. Gaharu biasanya berwarna cioklat tua atau hitam, lebih berat dan lebih keras daripada kayu sihat, dan digunakan sebagai kayu bau-bauan, atau untuk perubatan tradisional. Kayu karas sihat sesuai digunakan dalam pembuatan kotak, sepit makan, tapak kasut, venir, dan papan lapis.

Kembali ke atas