Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gelaran utk permaisuri sultan di beberapa buah negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tengku ampuan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gamelan Melayugamelan MelayuMuzikTiada

 Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di istana Pahang dan Terengganu pada abad ke-19 dan abad ke-20. Pada tahun 1811, satu set gamelan dan penari dari Riau-Lingga telah dihantar ke Pahang untuk meraikan perkahwinan antara keluarga diraja Riau-Lingga dengan keluarga bendahara di Pahang. Pada tahun 1913, gamelan Pahang dan penarinya dipindahkan ke istana Tereng­ganu apabila Tengku Ampuan Mariam, anak perempuan raja Pahang berkahwin dengan Sultan Sulaiman dari Terengganu. Pergerakan tarian, pakaian dan sistem tiunan berbeza dengan tradisi gamelan Jawa. Skel pentatonik dengan jeda neutral ketiga diadaptasikan daripada skel slendro Jawa. Alat muzik terdiri daripada gong agung, gong suwukan dan kenong yang berfungsi sebagai penanda masa; saron barung yang menghasilkan melodi asas; kerumong, saron panerus dan gambang yang membungai melodi asas; serta gendang yang membunyikan rentak. Tarian yang diiringi gamelan Melayu dikenali sebagai joget gamelan. Contoh lagu dan tarian termasuklah Timang Burung dan Togok.


Kembali ke atas