Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.ku/] | تڠکوق

Definisi : 1. bahagian leher yg di sebelah belakang, kuduk; alur ~ = lubang ~ lekuk pd kuduk; bulu ~ a) bulu yg tumbuh pd kuduk; b) surai (kuda, singa); pusar ~ = mata punai ~ kuduk yg di sebelah atas (di bawah rambut); 2. bahagian pd sesuatu benda (tangkai padi dll) yg menyerupai kuduk: bajunya baldu ~ kuning. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.ku/] | تڠکوق

Definisi : ~ biawak sj tumbuhan (pokok renek), keduduk gajah, kerapak rimau, lidah buaya, pakar rimba, panghong, senduduk gajah (hutan), Alomorphia malaccensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.ku/] | تڠکوق

Definisi : bahagian leher manusia atau binatang yg sebelah belakang; kuduk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tengkuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya kurang pasti dengan ejaan bagi perkataan 'tengkuk'. Ada bahan bacaan yang saya temui mengeja perkataan tersebut sebagai 'tengkok'. Yang mana satukah yang betul, 'tengkuk' atau 'tengkok'?Ejaan yang betul ialah tengkuk.Lain-lain13.07.2010
Salam sejahtera. Apakah istilah bagi gambar yg di sertakan. (duduk di tengkuk) Terima kasihBerdasarkan gambar yang diberikan, cadangan penggunaan yang betul ialah "bertenggek di bahu"Makna11.04.2022
Salam. Saya nak tanya, adakah perkataan "tegar" boleh bermaksud "berpendirian tegas"? Mohon pencerahan. Terima Kasih =)Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras;Istilah14.06.2014
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih

Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras;

Makna05.04.2009
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai perkataan "rigid". Adakah perkataan ini terdapat di dalam kamus bahasa?. Ayat yang ingin dibina. "Peraturan yang dikuatkuasa tidak rigid dan ia adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai dan warga yang bertugas".

Perkataan rigid tidak ada dalam Kamus Dewan.  DBP tidak menggunakan perkataan "rigid" dalam bahasa Melayu  sebaliknya menggunakan "tegar". Maksud "tegar" dalam Kamus Dewan1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kega­gal­an dan kelambatan mencapai perda­maian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat. 

Tatabahasa17.07.2018

Kembali ke atas