Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ngo/] | تيڠوق

Definisi : (téngok); tengok-tengok tiba-tiba, tut-tut, tup-tup;menengok 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan pe­rang­kap; 2. melihat pertunjukan dll, menon­ton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia;tertengok menengok (melihat) dgn tidak sengaja: kalau Cikgu Hamidah ~ lukisanmu itu, macam mana? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ngo/] | تيڠوق

Definisi : /téngok/; menengok 1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengok
Kata Terbitan : menengok, tertengok,

Puisi
 

Anak Kini turun Kuantan,
     Tengok anak Kandi berdiri;
Sungguh saya anak dagang,
     Di manakah tempat mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Tengok jenguk pandang-pandang,
     jangan sampai landak ditendang!

Bermaksud :

Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya mengenai penggunaan koma. Arnab tengok aku! Arnab, tengok aku! Pada ayat diatas, adakah koma perlu digunakan sekiranya ia bertujuan untuk penulisan sarikata rancangan telivisyen?Cadangan penulisan yang betul ialah "Arnab, tengok aku!"Lain-lain14.01.2022
DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar..Terima kasih atas keprihatinan puan.Lain-lain23.06.2015
salam, saya tengok dalam kamus perdana ada perkataan guris. saya nak tanya guris boleh digunakan atau tak. lepastu kalau ayat itu untuk hati. cth menggores/ menguris hati?Kehadiran kata guris dalam KDP yang dirujuksilangkan kepada gores adalah untuk menyatakan bahawa ejaan bagi kata tersebut telah diselaraskan mengikut Pedoman Pembentukan Ejaan Rumi bahasa Melayu, iaitu gores. Penggunaan ejaan guris adalah tidak baku dan penggunaannya seperti dalam frasa kerja "mengguris hati" sepatutnya dieja "menggores hati". Hati yang tergores sangat menyakitkan. Penggunaan kata ini bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya.Ejaan26.07.2023
Tuan sila tengok yang saya garrisbawahi.Sila kemukakan pertanyaan dengan jelas.Lain-lain27.08.2014
Tuan, sila tengok yang saya garrisbawahi. (i) Keterangan musabab KETERANGAN MUSABAB ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. KATA HUBUNG KETERANGAN MUSABAB adalah seperti kerana, lantaran, SEBAB, dan oleh sebab. Tuan, saya sudah banyak kali membaca tetapi sudah jelas dan nyata bahawa SEBAB yang tercatat di kategori KATA HUBUNG KETERANGAN MUSABAB. Dipetik daripada Tatabahasa Dewan Ketiga.pg 515, 18.3.3.1.Sila baca dengan teliti Tatabahasa Dewan Ketiga halaman 515 18.3.1 Jenis Ayat Keterangan (i) Keterangan Musabab. Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran, dan oleh sebab.Tatabahasa27.08.2014
Cikgu, tolong tengok ayat di bawah ini dan tentukan ayat yang manakah ialah penggunaan kata sendi nama yang betul. 1. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung KEPADA orang lain. 2. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung PADA orang lain. Huruf-huruf yang telah dibesarkan dalam ayat ialah kata sendi nama di mana saya hendak tuan menentukan penggunaannya yang betul dan memberikan penerangan.Ayat yang betul ialah Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain.Tatabahasa13.05.2014
Tuan, saya tengok iklan banyak menggunakan baharu untuk terjamahan "new". Contohnya, "Perisa Baharu". Adakah salah kalau "Perisa Baru" digunakan? Kerana ada juga saya terlihat iklan yang tertulis "Piza Baru". Terima Kasih.

Frasa peris baru atau perisa baharu, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan piza baru atau piza baharu.

Tatabahasa08.12.2011
Nur Shafadila Gulam DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar..Terima kasih atas keprihatinan puan.Lain-lain23.06.2015
Nur Shafadila Gulam DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. Lurrun Aidan UTC, RTC, MOF, MOA, MAGIC, MITI, MATRADE Info-tainment (binatang apa ni? Halal ke?) dan lain lain lain lain lagi..semuanya guna perkataan bahasa inggeris.. Encik KAi ... MinDefTerima kasih atas keprihatinan puan.Lain-lain22.06.2015
Adakah perbezaan antara penggunaan tengok, pandang dengan lihat?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata "tengok", "lihat" dan "pandang" membawa makna yang sama. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Lain-lain15.09.2021
1234

Kembali ke atas