Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ingin mengemukakan 4 persoalan : 1. apakah rasionalnya memperkenalkan bahasa Melayu kepada etnik bukan Melayu di Malaysia dan apakah kelebihannya pada etnik tersebut dan oihak DBP? 2. melihat kepada isu PPSMI, banyak tentangan dan kritikan mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, seperti yang diketahui PPSMI telah dimansuhkan dan diganti dengan MBMMBI. persoalannya, melihat pada jangka masa yang panjang, apakah perkembangan bahasa Inggeris ini akan menjadi isu kepada pihak DBP? iaitu dalam membantu menyahut seruan MBMMBI. 3. apakah perjuangan bahasa vernakular (seperti bahasa Tamil dan Cina) menjadi cabaran kepada pihak DBP? 4. apakah pencemaran bahasa dari media massa seperti di dalam program televisyen dan akhbar-akhbar hiburan mampu mempengaruhi permartabatan bahasa Melayu? Tidak lupa diucapkan terima kasih atas kerjasama pihak DBP.1. Bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu jugalah sebagai bahasa pemersatu rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Oleh itu, bahasa Melayu mestilah digunakan dalam semua urusan rasmi dan program perpaduan.   
2. Kami tidak menafikan kepentingan rakyat Malaysia menguasai bahasa Inggeris, namun pada masa yang sama rakyat Malaysia mestilah mempunyai jati diri, bukan setakat menguasai malah mencintai bahasa Melayu. Sebarang isu yang timbul akan diselesaikan oleh pihak yang berwenang dan DBP tetap memainkan peranannya untuk memartabatkan bahasa Melayu.
3. Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, bahasa-bahasa lain dibenarkan tetapi dalam urusan rasmi termasuklah hal pendidikan mestilah dilaksanakan dalam bahasa Melayu.
4. Media merupakan medium utama dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat di seluruh Negara. Justeru, penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul harus diamalkan. Apabila berlaku kesilapan bahasa dalam media, sedikit sebanyak turut menjejaskan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.
Untuk maklumat lanjut, tuan perlu membuat kajian dan pembacaan yang banyak. Soalan yang berbentuk tugasan sebegini tidak dapat diselesaikan dalam ruang yang terhad ini.
Lain-lain17.03.2014
Tuan, apakah beda maksud antara "setuju" dengan "bersetuju"? Bukankah "setuju" perbuatan tiada melampau yang sudah bermaksud sependapat dengan seseorang, jadi mengapakah diterbitkan satu perbuatan tiada melampau yang berawalan ber-, iaitu "bersetuju" lagi untuk menyatakan maksud yang sama, iaitu sependapat? Jadi, frasa yang manakah betul, "setuju akan pendapatnya" atau "bersetuju akan pendapatnya"? Saya berpendapat bahawa "setuju" sudah bermaksud searah kerana tuju = arah, di sini maksud "searah" ini dikembangkan kepada sependapat, iaitu searah pada pendapat, maka "setuju kepada pendapatnya" betullah. "Bersetuju" pada saya sedarjat dan semaksud "setuju", iaitu darjat perbuatan tiada melampau dan maksud sependapat, jadi berlebihanlah pada saya terbitan kata "bersetuju" ini. Apakah pendapat tuan? 
Menurut data kami, perkataan setuju bermaksud 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dan lain-lain): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dan lain-lain, semua­fakat, sependapat: aku ~ dengan kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai. Oleh itu, perkataan setuju dan bersetuju kedua-dua betul dan boleh digunakan dalam ayat.
Tatabahasa22.12.2016

Kembali ke atas