Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tén.ta.tif] | تينتاتيف

Definisi : (téntatif) 1. tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah; 2. buat sementara waktu: beberapa langkah ~ diambil utk memasukkan sains sepenuhnya ke dlm skop sosiologi ilmu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tentatif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Merujuk kembali persoalan tentatif program dan program tentatif. Saya masih kurang puas hati terhadap jawapan yang diberikan. Jika dilihat maksud tentatif dalam Kamus Dewan ia bermaksud tidak muktamad atau buat sementara waktu. Jadi kalau frasa tentatif program adalah betul ia bermaksud tidak muktamad program atau buat sementara waktu program, bukan program tidak muktamad atau program buat sementara waktu. Dalam Kamus Dewan pun memberi contoh langkah tentatif dan bukannya tentatif langkah. Harap dapat penjelasan daripada pihak DBP kerana saya masih keliru. Terima kasih.

Program tentatif ialah program yang belum muktamad. Harap mkalum

Tatabahasa30.06.2008
Salam. Adakah makna perkataan BM "tentatif" dan BI "tentative" sama? adakah "tentatif" digunakan sebagai kata nama atau kata sifat? Jika ianya berbentuk kata sifat, adakah penggunaan 'tentatif' berikut betul - jadual tentatif? Terima kasih.Padanan tentative dalam bahasa Melayu ialah tentatif yang bermaksud sementara. Melihat kepada makna sementara jelas menunjukkan fungsinya sebagai adjektif. Oleh itu, frasa 'jadual tentatif' adalah betul.Tatabahasa25.03.2011
Selamat sejahtera, Tuan/puan, Mohon semakan penggunaan ayat yang betul sama ada "program tentatif atau tentatif program?". Sekian, terima kasih.Program tentatif.Tatabahasa14.03.2017
Kita kerap melihat ramai pihak yang menggunakan perkataan 'tentatif' dalam buku atur cara majlis. Adakah penggunaan perkataan 'tentatif' itu tepat ?Tentatif bermaksud tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah. Kebiasaannya perkataan ini digunakan pada peringkat prapelaksanaan projek dan tidak lagi digunakan apabila telah muktamad seperti dalam buku atur cara majlis.Makna08.12.2009
Tentatif ProgramProgram TentatifLain-lain28.08.2008
ejaan sebenar tentatifEjaannya ialah tentatif.Ejaan08.07.2008
Dak Apis Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang perkataan "tentatif" yang diambil dari perkataan bahasa inggeris "tentantive" yang bermaksud "sementara".. Kebanyakan penjawat awam menggunakan perkataan tersebut dengan maksud tentatif = jadual sementara.. Sebagai contoh ayat yang mereka sering guna, "Saya mahu lihat tentatif program tersebut" yang membawa maksud "Saya mahu lihat sementara program tersebut".. Penggunaan perkataan dengan membentuk ayat yang tidak membawa maksud apa-apa.. Apa salahnya dengan menggunakan perkataan "deraf jadual".. Saya melihat penggunaan perkataan ini semakin berleluasa dikalangan penjawat awam.. Saya memohon pencerahan dari pihak DBP.. Terima kasih..Assalamualaikum En. Dak Apis. Ayat yang betul ialah “saya mahu melihat jadual sementara / program tentatif tersebut”. Tentatif program merupakan terjemahan literal untuk “tentative programme” dalam bahasa Inggeris. Draf bermaksud (nota tulisan (nota, surat, karangan, dsb) atau lukisan yg disediakan secara kasar pd peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu diperbaik atau dihalusi lagi): ~ surat itu telah disemak dan ditaip bersih. Oleh itu, draf jadual tidak sama dengan program tentatif.Penyemakan dan penterjemahan15.07.2017
saya ingin bertanya, apakah beza di antara 'aturcara' dan 'tentatif' dan yang manakah lebih tepat penggunaannya untuk diletakkan di dalam risalah majlis.Tentatif bermaksud tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah. Kebiasaannya perkataan ini digunakan pada peringkat prapelaksanaan projek dan tidak lagi digunakan apabila telah muktamad seperti dalam buku atur cara majlis.Tatabahasa07.11.2013
apakah perbezaan antara atur cara dengan tentatif?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut:

atur cara
kata nama 1 senarai maklumat tarikh, masa, acara, tempat dsb mengikut urutan yang ditetapkan untuk sesuatu majlis: Susunan atur cara majlis perasmian orientasi terlalu padat.◊atur cara Sambutan Hari Kemerdekaan;

kata nama 2 kaedah atau aturan yang lazim atau sudah ditetapkan untuk melakukan sesuatu kerja atau urusan:penyelidikan yang mengikut tertib atau atur cara yang tepat dan positif;◊Harta benda kesatuan, selain kumpulan wang kebajikan tertakluk kepada atur cara sivil termasuk bagi mendapatkan wang yang terhutang.

kata nama 3 TMK jujukan arahan berkod yang diinput ke dalam komputer yang membolehkan arahan tersebut diproses;

tentatif

kata nama 1 atur cara atau jadual perjalanan sesuatu tugasan atau program, mis bengkel, ceramah atau seminar: Tentatif di atas boleh berubah bila-bila masa sahaja, tertakluk kepada pindaan yang dibuat oleh pihak penganjur.◊Berikut ialah tentatif perjalanan majlis penutup program tersebut.

kata adjektif 2 (berkenaan keputusan, hasil penyelidikan dan sebagainya) belum muktamad dan masih boleh diubah atau dipinda: Cadangan yang dihantar itu adalah tentatif.◊Pihak mereka memberikan tarikh tayangan tentatif di seluruh negara sepanjang tahun ini.

kata adjektif 3 (berkenaan langkah, teori, program dan sebagainya) sementara waktu sahaja: Jepun mengambil langkah tentatif ke arah memperbaik hubungan dengan Korea Utara.

Perbezaan antara dua kata ini adalah merujuk kelas/golongan kata dan makna dalam penggunaannya.

Makna19.09.2023
Betulkah penggunaan perkataan Bahasa Melayu ini dan struktur ayat ini? [ini kerana ahli mesyuarat terdiri daripada pegawai berkepakaran khusus dan juga pakar dari luar negara] "Dimaklumkan bahawa satu sesi perbincangan berkaitan Draf XXXXXXXXXXXXXX akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: dd/mm/yyyy Masa: Rujuk tentatif berlampir Tempat: Pautan dalam talian - xxxxxxxxxxx.microsoftteam.comPenggunaan frasa ayat yang diberikan oleh tuan adalah betul kecuali: 
Masa: Rujuk lampiran tentatif
Tatabahasa07.11.2023
12

Kembali ke atas