Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.te.ra] | تنترا

Definisi : 1. = bala ~ sl seluruh orang yg berpe­rang; 2. pasukan yg terdiri drpd askar dll yg dilatih utk berperang (menjaga keselamatan dll); 3. = anggota ~ orang yg menjadi anggota angkatan perang (askar dll); masuk ~ menjadi askar; 4. yg bersangkutan dgn angkatan perang (dlm kata majmuk): rumah sakit ~; ~ darat bahagian angkatan perang yg bertugas di daratan; ~ gerak cepat pasukan (askar dll) yg mudah dipindah-pindahkan dgn cepat; ~ laut angkatan perang yg bertugas di laut; ~ payung terjun tentera yg terjun dr kapal ter­bang dgn payung terjun; ~ pendudukan tentera asing yg menduduki sesuatu daerah dll; ~ sukarela pasukan tentera yg berkhidmat secara sukarela; ~ udara angkatan perang yg dilengkapi dgn kapal terbang dll; ~ upahan askar yg diupah utk berperang; ~ wataniah pasukan tentera sukarela utk mempertahan­kan negara dlm masa darurat; ketenteraan perihal tentera: perjanjian itu melibatkan masalah politik dan ~; petenteraan, pertenteraan tempat tentera dikumpulkan, urusan mengenai tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.te.ra] | تنترا

Definisi : 1 = bala ~ pasukan yg terdiri drpd orang-orang yg melakukan pe­rang; askar: Baginda pun mengambil ke­­putusan hendak membawa ~nya pergi menyerang negeri itu. 2 pasukan yg terdiri drpd askar dll yg dilatih utk berperang atau utk menjaga keamanan; pasukan keselamatan. 3 = anggota ~ orang yg menjadi anggota dlm angkatan perang. ~ darat bahagian atau pasukan angkatan perang yg bertugas di darat. ~ laut bahagian atau pasukan angkatan perang yg bertugas di laut. ~ payung terjun pasukan tentera yg dilatih utk membuat serangan terhadap barisan musuh (digugurkan dr kapal terbang dgn menggunakan payung terjun). ~ sukarela pasukan tentera yg ber­khidmat secara sukarela. ~ udara baha­gian atau pasukan angkatan perang yg dilengkapi kapal terbang dll. ~ wataniah pasukan tentera sukarela yg ditubuhkan utk menjaga dan mem­pertahankan negara dlm masa darurat. ketenteraan hal mengenai tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentera (kata nama)
Bersinonim dengan askar, soldadu, perajurit, serdadu, lasykar, panglima, kesateria, pahlawan, hulubalang, militer;,
Kata Terbitan : ketenteraan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
simpanan1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg di­simpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan;Kamus Dewan Edisi Keempat
angkatan darat= tentera ~ tentera yg bergerak (bertempur dsb) di darat;Kamus Dewan Edisi Keempat
wataniahyg berkaitan dgn tanah air: tentera ~ tentera sukarela.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wataniahAr perihal tanah air, yg berkaitan dgn tanah air; tentera ~ tentera sukarela.Kamus Dewan Edisi Keempat
darat I1. tanah (sbg lwn laut atau air), tanah (sbg lwn udara); angkatan ~ = tentera ~ tentera yg bergerak (bertempur dsb) di darat; 2. kawasan tanah yg tertinggi (lwn baruh): jalan yg di sebelah ~ sana lebih baik drpd jalan ini; 3. kawasan tanah pedalaman, hulu negeri (lwn pantai): anak isterinya sudah ditum­pangkan di rumah orang Kedayan di ~ supaya bekerja bertanam padi; ~-darau kawasan-kawasan yg tertinggi atau yg terletak di pedalaman; di laut angkatan, di ~ ke­rapatan prb kekuatan di laut bergantung pd angkatan perang, kekuatan di darat ber­gantung pd persatuan; mendarat 1. turun dr kapal (perahu dsb) dan naik ke darat: tentera Jepun sudah ~ di Jawa; 2. turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): kapal terbang itu tidak dapat ~ kerana kabus yg tebal; 3. pergi ke kawasan (daerah) pe­dalaman: setibanya di kuala sungai, mereka pun terus ~; 4. Mn pergi melalui (jalan) darat: lebih selamat kita ~ sahaja drpd belayar; mendarati naik ke darat (di sesuatu tempat): Bujang berjalan perlahan-perlahan mere­dah di dlm semak-semak menuju ke kawasan yg biasa didaratinya; Tanah Melayu sudah didarati Jepun; mendaratkan menaikkan atau menurunkan ke darat, membawa ke darat: Amerika akan ~ pasukan Eisenhower di Afrika Barat; juruterbang itu berjaya juga ~ kapal ter­bangnya walaupun cuaca amat buruk; daratan kawasan tanah yg luas (lwn laut dan pulau): mereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yg kecil terpencil jauh dr ~; pendaratan 1. perihal mendarat atau men­daratkan: kita tidak akan sanggup menahan ~ musuh di pantai-pantai kepulauan kita yg begitu banyak; 2. tempat mendarat atau mendaratkan: orang itu terpacak di tepi pantai, tidak jauh dr ~ perahunya; pendarat alat (peralatan, perkakas) utk men­darat atau mendaratkan: kapal ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pembinasaanperbuatan atau hal membinasakan; pemusnahan: ~ harta benda orang-orang Arab itu telah dilakukan oleh tentera-tentera Israel yg biadab.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pembinasaanperbuatan atau hal membinasakan; pemusnahan: ~ harta benda orang-orang Arab itu telah dilakukan oleh tentera-tentera Israel yg biadab.Kamus Pelajar
angkatan bersenjatakeseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat, tentera laut, dan tentera udara);Kamus Dewan Edisi Keempat
generalisimopemerintah tertinggi angkatan tentera bersekutu yg terdiri drpd angkatan tentera darat, tentera laut dan tentera udara.Kamus Dewan Edisi Keempat
tentera simpanantentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas