Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.te.ra] | تنترا

Definisi : 1. = bala ~ sl seluruh orang yg berpe­rang; 2. pasukan yg terdiri drpd askar dll yg dilatih utk berperang (menjaga keselamatan dll); 3. = anggota ~ orang yg menjadi anggota angkatan perang (askar dll); masuk ~ menjadi askar; 4. yg bersangkutan dgn angkatan perang (dlm kata majmuk): rumah sakit ~; ~ darat bahagian angkatan perang yg bertugas di daratan; ~ gerak cepat pasukan (askar dll) yg mudah dipindah-pindahkan dgn cepat; ~ laut angkatan perang yg bertugas di laut; ~ payung terjun tentera yg terjun dr kapal ter­bang dgn payung terjun; ~ pendudukan tentera asing yg menduduki sesuatu daerah dll; ~ sukarela pasukan tentera yg berkhidmat secara sukarela; ~ udara angkatan perang yg dilengkapi dgn kapal terbang dll; ~ upahan askar yg diupah utk berperang; ~ wataniah pasukan tentera sukarela utk mempertahan­kan negara dlm masa darurat; ketenteraan perihal tentera: perjanjian itu melibatkan masalah politik dan ~; petenteraan, pertenteraan tempat tentera dikumpulkan, urusan mengenai tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.te.ra] | تنترا

Definisi : 1 = bala ~ pasukan yg terdiri drpd orang-orang yg melakukan pe­rang; askar: Baginda pun mengambil ke­­putusan hendak membawa ~nya pergi menyerang negeri itu. 2 pasukan yg terdiri drpd askar dll yg dilatih utk berperang atau utk menjaga keamanan; pasukan keselamatan. 3 = anggota ~ orang yg menjadi anggota dlm angkatan perang. ~ darat bahagian atau pasukan angkatan perang yg bertugas di darat. ~ laut bahagian atau pasukan angkatan perang yg bertugas di laut. ~ payung terjun pasukan tentera yg dilatih utk membuat serangan terhadap barisan musuh (digugurkan dr kapal terbang dgn menggunakan payung terjun). ~ sukarela pasukan tentera yg ber­khidmat secara sukarela. ~ udara baha­gian atau pasukan angkatan perang yg dilengkapi kapal terbang dll. ~ wataniah pasukan tentera sukarela yg ditubuhkan utk menjaga dan mem­pertahankan negara dlm masa darurat. ketenteraan hal mengenai tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentera (kata nama)
Bersinonim dengan askar, soldadu, perajurit, serdadu, lasykar, panglima, kesateria, pahlawan, hulubalang, militer;,
Kata Terbitan : ketenteraan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
military objectivesobjek ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaObjek yang berdasarkan sifat, lokasi, tujuan atau penggunaannya boleh memberi sumbangan yang berkesan terhadap tindakan ketenteraan. Tindakan memusnahkan, menawan atau meneutralkan objek ketenteraan milik musuh memberi kelebihan ketenteraan yang pasti. Contoh objek ketenteraan ialah kem tentera, kenderaan tentera, laluan tentera, peralatan tentera, pangkalan tentera dan lapangan terbang tentera.
military governmentpemerintahan tenteraSains PolitikHubungan AntarabangsaPemerintahan ke atas kawasan musuh di bawah pendudukan tentera. Amalan kerajaan tentera ini telah dipiawai semasa Persidangan Hague pada tahun 1899 dan 1907. Amalan ini telah menjadi sebahagian daripada undang-undang peperangan. Terdapat banyak wilayah yang berada di bawah kerajaan tentera semasa dan selepas Perang Dunia Kedua. Semasa perang, Jerman mentadbir kawasan yang ditawan melalui Kommandaturen atau beberapa ibu pejabat kerajaan tentera. Pihak kerajaan tentera Jerman kerap kali melanggar undang-undang yang ditetapkan di Persidangan Hague dahulu. Di Jepun, kerajaan tentera yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua ialah tanggungjawab Amerika Syarikat. Kerajaan ini berakhir pada tahun 1951 selepas perjanjian keamanan ditandatangani oleh Jepun. Berikutan pengalaman Perang Dunia Kedua, satu konvensyen yang merangkumi pendudukan tentera ditandatangani di Geneva pada tahun 1949. Kini, kawasan yang berada di bawah pendudukan tentera ialah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza di bawah pemerintahan tentera Israel.
sailorpakaian kelasiKesenianTiadaPakaian kelasi: Pakaian dan hiasan pelengkap yang mula diperkenalkan sejak tahun 1860-an, diilhamkan dari pakaian seragam tentera laut Inggeris, tentera laut Perancis dan tentera laut Amerika.
military courtmahkamah tenteraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaMahkamah yang diberi kuasa untuk membicarakan anggota tentera bagi kesalahan di bawah undang-undang ketenteraan dan menghukum mereka jika didapati bersalah. Mahkamah tentera mempunyai struktur yang terpisah daripada mahkamah awam. Mahkamah tentera biasanya berperanan semasa berlakunya konflik bersenjata tetapi terdapat juga negara yang membenarkan mahkamah tentera berfungsi semasa keadaan aman.
military governmentpemerintahan tenteraSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sesebuah negara yang dilaksanakan oleh institusi tentera tanpa memberi hak sivil yang sewajarnya kepada orang ramai. Pemerintahan jenis ini tidak berasaskan pemisahan kuasa sebagaimana yang lazim diamalkan dalam sistem demokrasi. Kepimpinan tertinggi dan elit tentera yang lain bertindak sebagai pemerintah serta memutuskan segala dasar penting negara. Pemerintahan tentera dikaitkan dengan kekerasan, ketiadaan kebebasan dan keadilan mahkamah serta sekatan kepada parti politik, NGO, gerakan sosial dan pelajar. Pemerintahan tentera ini biasanya muncul melalui rampasan kuasa. Tahun 1970-an merupakan dekad pemerintahan tentera di Amerika Latin, Afrika dan Asia apabila banyak negara jatuh ke tangan tentera.
martial lawundang-undang tenteraSains PolitikPolitik Perbandingan1. Undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas sesebuah negara oleh golongan tentera yang telah merampas kuasa negara tersebut dari kerajaan awam. Dengan undang-undang ini, semua hak sivil dibataskan, kebebasan politik terhad dan segala keputusan serta penggubalan undang-undang dibuat oleh pemerintah tentera ini. Pemerintahan ini pernah dilaksanakan di Fiji pada tahun 1988. 2. Pelaksanaan undang-undang tentera oleh sebuah kerajaan awam setelah berlaku satu keadaan darurat yang memerlukan campur tangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh tentera bagi memelihara keamanan. Kerajaan awam meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera menjalankan tanggungjawabnya tanpa melepasi batasan atau merampas kuasa. Apabila undang-undang ini dibubarkan, pemerintahan akan kembali kepada kerajaan awam. Contohnya, penggunaan undang-undang tentera era Marcos di Filipina pada tahun 1971-1981.
separation of forcepeleraian tentera;peleraian kuasa;pengasingan tentera;pengasingan kiraanSejarahTiadaTiada
civil-military relationshubungan awam-tenteraSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan polilik yang wujud antara masyarakat dengan institusi ketenteraan. Hubungan ini boleh bersifat profesional iaitu hubungan awam-tentera yang terbatas dalam hal-hal yang berkait rapat dengan kepentingan awam terhadap institusi tersebut seperti keselamatan dan melindungi kepentingan awam. Tentera akan bertindak apabila kepentingan awam diancam oleh anasir subversif dari dalam atau luar. Hubungan ini juga bersifat politik iaitu pihak tentera bukan sahaja bertindak sebagai institusi yang melindungi keselamatan awam, tetapi juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam urusan pemerintahan. Pihak tentera akan campur tangan dalam urusan pemerintahan apabila mendapati kerajaan awam tidak mampu menangani masalah krisis ekonomi atau politik yang serius. Contohnya, di Malaysia hubungan awam-tentera bersifat profesional manakala Indonesia di bawah Soeharto hubungan awam-tentera bersifat politik
captain-generalkapten-generalSejarahTiada1. Ketua komander dalam tentera.,2. Gabenor tentera dalam tanah jajahan Sepanyol.
الهدنةgenjatan senjataAgama IslamFiqhPerjanjian yang dipersetujui untuk menghentikan peperangan antara tentera kafir dengan tentera Islam.
12345678910...

Kembali ke atas